Tag Archives: pendapatan jobdirumah

Pendapatan Kedua Dari Jobdirumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kesibukan kerja seharian memang tidak dapat dielakkan. Masa yang diperuntukkan selama sembilan jam untuk bekerja cukup-cukup untuk membuat kerja pejabat sahaja. Kadang-kadang aku terpaksa mengorbankan masa rehat semata-mata untuk mengemaskini halaman pondok kecil. Memang kuat tempias talian 3G ini. Sehingga hari ini masih belum berfungsi dengan baik. Aku benar-benar mengharap dan berharap, pihak berwajib sila lah selesaikan masalah ini dengan segera. Salah satu sumber pendapatan sampingan aku adalah melalui blog. Sila faham dan sila ambil serius perkara ni. Kalau korang semua berada di tempat aku, apa yang korang rasa?

Sejak kebelakangan ni, aku asyik mengejar masa. Masa nak update blog, masa nak buat kerja pejabat lagi. Alangkah ruginya masa lapang di waktu malam. Kalau anak tidur lewat, aku bersyukur. Sekurang-kurangnya ada juga yang dapat mengisi ruang masa ni. Kalau anak tidur awal, jenuh la aku nak tunggu mata mengantuk. Kebetulan cerita TV menarik, ok la. Aku harap selepas ni, talian 3G akan kembali pulih seperti sediakala. Hari ni pulang ke kampung halaman. Lega rasanya kerana kawasan Felda Tenang talian 3G tidak bermasalah. Alhamdulillah dapat juga melepaskan kerinduan di halaman pondok kecil ni.

Continue reading Pendapatan Kedua Dari Jobdirumah