Tag Archives: pengalaman kena denda

Warkah Berlagu Pilu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Cikgu… Masihkah cikgu simpan nama Hafizul dalam hati cikgu?
Cikgu… Masihkah terselit bayangan insan yang bernama Hafizul dalam ingatan cikgu?
Cikgu… Masihkah cikgu menyimpan nostalgia kenangan bersama anak murid cikgu yang nakal ni?
Cikgu… Masihkah cikgu ingat kenakalan saya yang selalu menyakitkan hati cikgu?

warkah berlagu piluKredit : Google Images

Continue reading

Hari Guru

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

SELAMAT HARI GURU!!! Hari ni 16 Mei 2012. Tanggal untuk menyambut hari guru. Kepada mereka yang memegang amanah sebagai Guru, Cikgu dan semua warga pendidik, aku ucapkan Selamat Hari Guru. Pengorbanan cikgu dalam mendidik dan melahirkan insan yang berpendidikan tinggi memang cukup sukar. Di selitkan dengan kerenah anak-anak murid yang 1001 macam perangai, memang menguji kesabaran dan ketabahan cikgu dalam mendidik.

warkah berlagu piluGambar : Warkah Berlagu Pilu

Bagi mereka yang bergelar Cikgu Disiplin, mesti banyak kenangan tak kiralah manis ke, pahit ke, masam ke. Tapi aku rasa kebanyakan Cikgu Disiplin ni banyak menyimpan pengalaman dan memori yang pahit. Haha. Teringat semasa aku di bangku sekolah 9 tahun lepas. Antara top 5 dalam rangking dendam aku adalah Cikgu Disiplin, Penyelia Asrama, Warden, Ketua Warden dan Ustaz.

Kalau diikutkan ranking yang tersenarai itu, mesti korang fikir aku antara pelajar yang tersangat membawa masalah. Ya betul. Aku memang bermasalah dari segi perilaku. Aku tidak bermasalah dalam pembelajaran dan aku tidak pernah bawa masalah dalam belajar. Tempat yang aku suka timbulkan masalah adalah di asrama. Haha. Selama 5 tahun aku menetap di asrama, memang banyak sumbangan yang telah aku taburkan.

Kena denda??? Emm tak terbilang. Keluar masuk asrama??? Setahun 10 kali. Denda yang tidak dapat dilupakan??? Semua pelajar di panggil berhimpun di dalam dewan semata-mata untuk mendengar dan menilai prestasi aku dalam mengarang ayat-ayat cinta. Ni semua Cikgu Disiplin punya angkara. Adussss kemaluan aku masa tu memang tak leh nak diceritakan. Aku cam biasa la buat bodoh jer. Buat muka selamber walaupun kena berdiri di hadapan lebih 700 orang. Rasa nak buang muka aku ni simpan dalam loker.

Entah kenapa kat sekolah tu, cinta-cintun dilarang keras. Tiap kali ada surat cinta nak dihantar ataupun nak dibalas, buku latihan la yang jadi mangsa. Di letakkan dalam meja. Kononnya tak nak bagi orang tahu la aku sedang bercinta. Awek tu satu sekolah dengan aku. Satu kelas pulak tu. Setiap tahun aku mesti ada sorang awek dan percintaan kami cuma setahun jer kekal. Haha. Paling lama pun setahun lebih sikit jer.

Tu semua cerita masa menjadi kanak-kanak riang. Kini semua nya aku jadikan memori terindah dalam buku 555.

Hari Guru

Khas untuk cikgu

p/s : Selamat Hari Guru untuk Isteri tersayang. Selamat Hari Guru juga kepada rakan blogger Cikgu Hairul.