Tag Archives: pengalaman membina pondok kecil

Cadangan Dan Kritikan Saya Untuk Menambah Baik Eizil.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Cadangan Dan Kritikan Saya Untuk Menambah Baik Eizil.com. Entri ini adalah untuk melengkapkan tugasan yang ketiga sempena contest eizil yang berlangsung sekarang ini. Sedar tak sedar sudah dua tugasan yang aku siapkan. Walaupun hakikatnya gaya penulisan aku yang aku rasa teruk, dan impian yang tak masuk akal, aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya sokongan pembaca setia menemani. Tugasan pertama yang bertajuk Pengalaman Membina Pondok Kecil dan tugasan kedua pula bertajuk Impian Dan Perancangan Pondok Kecil. Terima kasih aku ucapkan kepada saudara Eizil kerana sudi menganjurkan contest yang sungguh bermakna ini tambahan pula hadiah yang ditawarkan sangat-sangat lumayan. Aku tak mengharapkan apa-apa kemenangan sebaliknya apa yang aku harapkan adalah kesan sampingan menyertai contest ini.

Untuk tugasan ketiga merangkap tugasan terakhir ini, saudara Eizil mahukan cadangan dan kritikan untuk menambahbaik halaman blog Eizil. Dan sejujurnya penyertaan kali ini amat sukar sedikit untuk aku sertai. Mungkin pengalaman usia antara blog Eizil dan pondok kecil menjadi taruhan dan titik tolak untuk aku menulis entri ni. Pengalaman dalam dunia blogging yang cetek juga mempengaruhi emosi aku untuk menyiapkan tugasan ketiga ini. Namun, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Apa yang akan aku nyatakan ini nanti hanyalah pandangan peribadi aku sahaja dan bukannya kritikan tak berasas. Aku tahu kalau nak dibandingkan pencapaian blog Eizil dengan blog pondok kecil, memang jauh ketinggalan. Bak kata pujangga, mengukur baju biarlah dibadan sendiri.

cadangan dan kritikan saya untuk menambah baik eizil.comKredit : Facebook Uztaz Azhar Idrus

Pada pandangan peribadi aku, beberapa perkara sahaja aku nak tulis dan huraikan berkenaan dengan kritikan dan cadangan untuk menambahbaik halaman blog Eizil. Antara kritikan dan cadangan itu adalah :-

Continue reading

Pengalaman Membina Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pengalaman membina pondok kecil sudah semestinya tidak pernah aku lupakan. Walaupun seminit, ia tetap segar bermain dalam kotak fikiran. Andai hati dan fikiran berada dalam ketenangan, pastinya halaman pondok kecil sentiasa menjadi mainan fikiran. Bukan aku terlalu teruja dengan blog aku, tapi aku terlalu memikirkan apakah masalah dan apakah cara yang terbaik dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Berbekalkan sedikit ilmu di dada, sudah semestinya keputusan yang aku buat ini amat sukar untuk diterima oleh akal fikiran yang waras. Namun sedikit pendedahan berkenaan hal-hal perkomputeran, telah memberi aku semangat untuk membuat satu halaman bertemakan kehidupan dalam alam maya. Agar apa yang hendak aku ceritakan ini dijadikan bahan bacaan yang dikategorikan sebagai bahan kelakar, bahan sedih dan bahan yang amat membosankan.

Segala-galanya mungkin terjadi jika diselitkan dengan usaha yang tak pernah mengenal erti putus asa. Seawal penubuhan blog pondok kecil, aku begitu bersemangat dalam mempelajari selok belok dunia blogging. Banyak masa dikorbankan demi memenuhi slogan pondok kecil iaitu di sini impian bermula. Slogan ini aku fikir logik untuk diletakkan bersama kerana blog pondok kecil adalah langkah pertama untuk aku menggapai impian aku. Maka lahirlah Pondok Kecil – Di Sini Impian Bermula.

Continue reading