Tag Archives: penginapan di legend cherating

Review Buku ‘ Blog + Google Adsense = Duit ‘

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah akhirnya sempat juga aku menulis Review Buku Blog + Google Adsense = Duit, yang dinanti-nanti oleh rakan blogger sekalian. Berbanyak terima kasih aku ucapkan kepada Muaz Fariz pemilik blog muazfaris dot com kerana sudi menganjurkan contest dengan memberi hadiah penghargaan yang sangat bernilai. Kemenangan contest Muaz memberikan aku ilmu berkenaan dengan Google Adsense. Memang banyak ilmu berkenaan Google Adsense kalau dicari dalam internet. Tapi kesahihannya belum pasti lagi. Tambahan pula aku ni jenis malas nak mencari. Dengan adanya buku ini, sedikit sebanyak telah memberi aku gambaran keseluruhan berkenaan dengan Google Adsense. Walaupun belum sempat untuk menghabiskan pada mukasurat yang terakhir, namum malam ini aku cuba juga habiskan semata-mata nak kongsi dengan rakan blogger sekalian. Bak kata sweetkurma dot com, berkongsi itu indah.

Buku Blog + Google Adsense = Duit hasil karya Mohd Shamsuriyadi pemilik kepada shamsuriyadi dot com, sangat mudah untuk difahami. Gaya penulisan yang santai dan tidak menggunakan ayat yang sukar difahami, menjadikan aku tertarik untuk membacanya. Walaupun hakikatnya aku sorang yang malas membaca. Itu pasal la Sejarah aku tak pernah nak dapat A. Kalau dapat pun sekadar cukup-cukup makan sahaja. Buku Blog + Google Adsense = Duit mengandungi 10 bab kesemunya dan mempunyai 110 muka surat tidak termasuk kulit. Dalam entri ini, atau entri akan datang, aku akan ceritakan kesemunya dari bab satu sehinggalah bab yang terakhir, bab 10.

Continue reading