Tag Archives: perasaan gembira

Ya. Hari Ini Hati Merasa Riang Gembira.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

“Ayanggg… Hati abang merasa riang gembira hari ni…”
“Petang nanti kita makan Pizza Tasha yer… Abang belanja…”

Ya. Hari ini hati merasa riang gembira. Kenapa?

hati riang gembira

Sekadar gambar hiasan : Google Images

Continue reading

Terima Kasih Owner Blog Hatiputera

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pagi ni ada masa luang tapi mood tak berapa baik untuk update Pondok Kecil sebab My Mom tak berapa nak sihat. Dah 2 hari tak makan. Makan sekeping roti jer kelmarin. Pagi ni minum air susu jer. Harap My Mom cepat-cepat sembuh. Demi impian yang sedang menanti, aku kuatkan juga melawan perasaan malas untuk update Pondok Kecil ni.

Macam selalu la bila buka wordpress Pondok Kecil, perkara nombor satu aku akan check komen dulu. Perkara nombor dua check traffic. Perkara nombor tiga, tulis entri. Sedang check komen pengunjung, tetiba aku terpandang komen hatiputera dengan link Top Commentator Lelaki Kacak Mei. Apa lagi aku cepat-cepat klik pada link tersebut.

Sumber : Blog hatiputera

Hehe. Ternyata entri hatiputera pasal top komen ni telah buat aku tersenyum. Hehe. Gembira nya aku pagi ni menulis entri dengan senyuman yang sangat menawan. Walaupun insentif tunai ni jumlah dia tak banyak,tapi cukup bermakna bagi aku sebagai orang baru dalam dunia blog ni. Dan ini adalah insentif sulung yang aku dapat sejak Pondok Kecil dibangunkan. Dengan ini, mood aku makin bertambah baik dan bersemangat untuk terus berkarya dalam Pondok Kecil ku ini.

Untuk rakan blogger yang bagi peluang kat aku bagi mendapatkan insentif ni,aku ucapkan ribuan terima kasih. Aku tahu, korang boleh komen banyak lagi dari aku. Tapi kenapa korang tak buat macam tu? Jebeng Otai, Tehr, Izzuddin Fauzi dan Suri, korang bagi muka untuk aku dapatkan insentif ni ke?

Terbaikkkk

Terima kasih juga kepada owner blog hatiputera kerana insentif yang diberikan, sangat-sangat bermakna untuk Pondok Kecil. Hehe.

p/s : Bila Pondok Kecil sudah stabil, InsyaAllah aku akan buat sedikit contest macam rakan blogger buat sekarang ni.