Tag Archives: perumpamaan

Perumpamaan Part 6

Bagai Bulan Di pagari Bintang

Sumber : Google

Maksud : Kecantikan makin terserlah apabila dikelilingi orang yang cantik.

Contoh Ayat : Aku tengok muka kau tak ada la cerah mana. Tapi bila kau bergaul dan berkawan dengan rakan-rakan yang muka cerah macam timah, endun dan pi’ah, muka kau aku tengok turut berseri-seri dan bercahaya. Betul la kata perumpamaan, bagai bulan dipagari bintang.

p/s : Apa yang Siti Saleha dan staf PETRONAS buat di Bukit Kala, Gombak??

Perumpamaan Part 5

” Bagaikan Resminya Padi, Makin Berisi Makin Tuduk Ke Bumi “

Sumber : Google

Maksud : Semakin tinggi ilmu dan pangkat seseorang, semakin merendah diri dan tidak sombong.

Contoh Ayat : Terima kasih buat Ibu Mifzal Arsyad kerana sudi menolong Pondok Kecil dalam menyelesaikan masalah sempena penghijrahan themes Pondok Kecil. Terima kasih banyak-banyak. Ibu Bagaikan Resminya Padi, Makin Berisi Makin Tuduk Ke Bumi.

Perumpamaan Part 3

Sumber : Google

Bagai Pelita Kehabisan Minyak

Maksud : Suasana yang tiada serinya lagi

Contoh Ayat : Abang, sejak burung kesayangan abang tu mati, saya tengok abang moody jer. Makan pun nak tak nak jer. Ni la orang tua-tua kata. Bagaikan pelita kehabisan minyak. Suram dan tak seceria seperti dahulu kala.

Perumpamaan Part 2

” Bagai Kaca Terhempas Ke Lantai “

Maksud : Sangat Sedih Atau Kecewa

Contoh Ayat : Saya betul-betul kecewa dengan sikap abang. Mana janji-janji abang untuk memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada saya dan anak-anak? Hari ke hari hati saya bagaikan kaca terhempas ke lantai. Ada abang fikir semua tu???