Tag Archives: program affiliate

Sampai Demam Kediri Kerja Malam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ok. Sampai demam kediri kerja malam. Sebab apa? Sebab nak cari duit lebih. Nak simpan duit untuk menunaikan haji. Nak sedekah kat masjid setiap hari. Nak derma kat tabung kebajikan. Nak belikan anak sulong cermin mata yang besar. Nak belikan isteri rumah banglo.  Nak belikan sebuah lagi kereta.

Sampai Demam Kediri Kerja Malam

Jangan ambik hati dengan NO.5 tuuuu.. Haha…

Continue reading

Pendapatan Ke 28 Dari Jobdirumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Pendapatan ke 28 dari Jobdirumah telah pun masuk kelmarin. Walaupun dah tengah bulan baru masuk satu komisen Jobdirumah, aku tetap bersyukur. Ya. Bukan senang nak dapat peluang dan kecapi nikmat macam ni. Kan? Orang kata, padan dengan lelah. RM25 yang masuk kelmarin merupakan nilai usaha aku selama beberapa bulan yang lepas.

Pendapatan Ke 28 Dari JobdirumahAlhamdulillah. RM25 leh makan best-best tengahari nanti.

Continue reading

Pulangan Pelaburan Melebihi 2000% Setahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pulangan pelaburan melebihi 2000% setahun?

Antara realiti dan fantasi. Mampukah aku mendapat pulangan pelaburan sebegitu rupa? Jauh aku merenung masa hadapan. Mengimbau kembali saat-saat dan detik-detik indah yang dibina bersama blog Pondok Kecil. Ada yang duka dan ada yang suka. Namun kejayaan yang sebenar adalah bermula daripada keperitan tersebut.

Pulangan Pelaburan Melebih 2000% Setahun Continue reading

Pendapatan Ke 22 Dari Jobdirumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pendapatan ke 22 dari Jobdirumah. Kelmarin dapat satu komisen daripada program Affiliate Jobdirumah. Walaupun perlahan namun aku tetap bersyukur. Jerit perih yang selama ni aku tanggung akhirnya berjaya membuahkan hasil. Tekanan? Ya, memang tekanan. Bila umpan yang di pasang tak menjadi, bila kail yang kita bawa tetiba patah ditarik ikan Yu, dan sebagainya lagi rasa yang aku rasa. Apa yang aku harapkan, akan ada lagi komisen untuk hari esoknya.

kucing dan pendapatan ke 22 dari jobdirumah

Continue reading

Pendapatan Ke 20 Dari Jobdirumah

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah.

Kali ni aku harap korang tak kesah ekk kalau aku nak gelak ketawa kejap.

Hahaha. Kahkahkah. Hehehe. Huhuhu. Hihihi.

Ok dah. Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi. Dengan limpah dan kurniaanya ketika ini aku rasa gembira walaupun untuk seketika. Tipulah aku kalau tak gembira kan? Dapat duit dari blog, dengan usaha yang tak seberapa, dapat hasil yang tak pernah dijangka, memang sesuatu yang menyeronokkan.

kucing dan pendapatan ke 20 dari jobdirumahKomisen ke 20 dari Jobdirumah dah dapat.
Jangan masam je, senyum lah sikit… Kredit : Google Images

Continue reading