Tag Archives: program affiliate

Jana Pendapatan Dari Jobdirumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kehidupan ni kadang-kala pahit, kadang-kala manis. Kadang-kadang tawar lembar. Namun semua itu hanyalah rencah dalam menyedapkan rasa kehidupan. Dah. Aku tak nak cerita dah bab Majlis Sepetang Bersama Blogger. Aku tewas dengan godaan perasaan. Emosi yang tak berbelah bagi membuatkan aku setia melepak bersama pondok kecil malam ni. Sempat juga menyiapkan artikel ni. Kalau ikutkan jadual, saat ni mungkin aku dah berada di Gua Musang. Tak pun atas sikit dari Gua Musang. Kan tak pasal-pasal malam ni mimpi dapat ipad. Baru menyesal tak sudah.

Berbalik kepada tajuk, sebenarnya aku tak nak kongsi di ruangan pondok kecil. Tapi disebabkan ada beberapa faktor penting, makanya terpaksalah aku siarkan di halaman pondok kecil. Disamping menambahkan kepekatan katakunci ‘jobdirumah’, ini adalah satu bukti. Yang mana usaha mengatasi segala-gala. Blogger yang baru berkecimpung dalam dunia affiliate tak mampu jana pendapatan? Kurang pengalaman? Aku telah buktikannya. Enam bulan lebih bersama pondok kecil, 4 bulan lebih sertai program jobdirumah, ni kali pertama dapat komisen. Tak banyak tapi sangat berharga.

Continue reading Jana Pendapatan Dari Jobdirumah

2012 Tahunku Yang Kacak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

2012 tahunku yang kacak. Tajuk artikel ini adalah sebagai penyertaan untuk contest rakan blogger, spudinpunya dot com. Contest yang sungguh unik kerana terpaksa diolah jalan cerita berpandukan kepada tajuk yang diberi. Apakah pengisian yang terdapat dalam hidup aku untuk tahun 2012 ni? Sebelum memulakan penulisan artikel ni, aku merenun dan mengimbas kembali apakah perkara yang bermanfaat yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2012 ni. Sepanjang tahun 2012 ni, tiada yang paling berharga melainkan wujudnya blog pondok kecil. Selebihnya adalah perkara biasa sahaja yang berlaku sepertimana tahun-tahun sebelumnya.

2012 tahunku yang kacak

Kredit : Facebook Ustaz Azhar Idrus

Continue reading 2012 Tahunku Yang Kacak

Kerja Di Rumah Pun Boleh Dapat Duit Jugak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali nak ucapkan terima kasih buat Cik Tom kerana hadiah yang diberikan untuk giveaway yang bertajuk giveaways kedua blog cik tom. Tak sangka rezeki begitu murah awal bulan September ni. Walaupun jumlahnya kecil, namun kesan daripada penyertaan giveaway ni amat mendalam dan sangat tinggi impaknya pada blog. Tahniah juga diucapkan kepada Titan kerana terpilih dalam entri terbaik dalam entri beliau yang bertajuk Kenapa aku suka Cik Tom?. Haha.

Kepada yang tidak memenangi giveaway ni, jangan putus asa yer. Mungkin rezeki korang dapat pancing ikan siakap 10 kg/ekor. Mana kita tahu. Hehe. Dan setiap giveaway yang aku sertai, tak semuanya memang. Bila kalah tu, sejujurnya aku rasa sedikit kecewa. Namun aku kuatkan semangat dengan beberapa kata-kata hikmat. Hehe. Begitulah lumrah dan adat  pertandingan. Ada menang, ada kalah. Kalau menang selalu pun boring jugak.

Buat masak 3 rasa pun sedap. Hehe. Sumber : Google

Continue reading Kerja Di Rumah Pun Boleh Dapat Duit Jugak