Tag Archives: pru 13

YeYe Esok Mengundi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tanggal 5 Mei 2013 bakal menjelang tiba. Lima tahun sekali rakyat di tuntut untuk membuat pilihan. Pilihan yang bakal menentukan masa depan negara. Pilihan yang bakal mencorakkan negara Malaysia ke arah negara yang aman dan makmur. Jadi buatlah pilihan yang tepat dan pilih la calon yang betul-betul layak untuk menjadi pemimpin dalam tempoh lima tahun akan datang. Kehangatan kempen mengundi banyak memberi impak yang begitu besar dalam diri aku. Ada yang negatif dan ada yang positif.

mengundi

Kredit : Google

Continue reading

Apa Cerita PRU 13

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pilihan Raya Umum (PRU 13) kini telah merasa kehangatanya. Jika dilihat bendera parti sudah meriah berkibar dibahu-bahu jalan, di atas pokok-pokok, di bumbung bangunan, dan bermacam-macam tempat lagi diletakkan. Walau bagaimanapun, ramai lagi rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya sedang berusaha untuk memujuk rakyat Malaysia bagi mendaftar sebagai pengundi bagi menentukan parti mana yang layak untuk membimbing negara. Setakat ini, tiada lagi umpan yang boleh menarik perhatian golongan tertentu untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, statistik tertinggi bagi mereka yang masih belum mendaftar sebagai pengundi adalah di Negeri Selangor. Kebanyakan mereka yang belum mendaftar adalah dari golongan muda. Menurut sumber, jangkaan paling lewat untuk diadakan PRU 13 ini adalah bulan Jun 2013. Tapi tidak mustahil sekiranya PRU 13 akan diadakan awal sebelum Jun 2013. PRU 13 ini masih belum diketahui bilakah tarikh sebenar PRU 13 akan diadakan. Just wait and see. Hehe.

p/s : Jom sama-sama laksanakan tanggungjawab kita sebagai pengundi.