Tag Archives: PS Auto Sitemap

Cara Membuat Sitemap Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri ni dibuat khas untuk menolong rakan blogger yang dalam kelemasan. Haha. Berikutan pada entri aku yang lepas bertajuk Berjaya Buat Sitemap, mungkin sangat sukar untuk difahami. So, aku permudahkan dengan menyelit beberapa gambar cara-cara membuatnya.

Mungkin dengan cara ini aku dapat membantu rakan blogger sorang ni. Diharap blog Ica’s Corner, dapatlah buat sitemap lepas baca entri ni. Aku tolong sekadar yang termampu jer. Dan kalau masih tak berjaya jugak, aku harap Ica tanya la pada rakan blogger yang lain pula yer. Kalau nak lagi senang, create satu user administrator untuk aku login dalam wordpress Ica tu.

Let started. Huhu.

1. Login dalam wordpress blog. Pergi kepada plugin > search > PS Auto Sitemap.

Ps Auto Sitemap dah dijumpai

Continue reading

Berjaya Buat Sitemap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sitemap adalah perkara asas yang penting bagi sesuatu blog. Tak kiralah blog persendirian mahupun blog perniagaan, sitemap memainkan peranan yang tersendiri dan ia merupakan akses terpantas yang membolehkan pelawat melihat setiap kandungan yang terdapat dalam blog kita.

Aku tengok rakan blogger Pondok Kecil kebanyakannya sudah mempunyai sitemap di blog masing-masing. Bukan blog sahaja yang mempunyai sitemap, tetapi laman web rasmi kerajaan juga mempunyai sitemap. Antaranya laman web MOA, LKIM, 1Malaysia, dan sebagainya lagi.

Melihat betapa pentingnya sitemap ni, aku berusaha juga mencari cara untuk membuat sitemap ini. Aku ingatkan buat sitemap ni semudah menggoreng telur dadar. Hehe. Akhirnya aku jumpa la plugin ni. Cukup senang. Plugin yang digunakan adalah PS Auto Sitemap.

Lepas install PS Auto Sitemap, aku create satu page yang diberi nama Sitemap. Lepas create page, add pula dekat ruangan menu. Supaya terpapar di header Pondok Kecil. Kerja aku tak selesai disitu sahaja. Sitemap yang dibuat masih tak menjadi dan sekaligus menunjukkan tanda-tanda nak bagi aku stress. Rupanya kena isi ruangan PostID of the sitemap. Fikiran aku buntu seketika. Macam mana aku nak settle menda ni.

Berbekalkan keyword how to get PostID of the sitemap aku search dalam Google. Google memang tak pernah menghampakan aku. Hehe. Akhirnya aku jumpa macam mana nak dapatkan PostID. Korang boleh baca di sini sebab panjang sangat untuk aku terangkan. Hehe.

Akhirnya aku berjaya buat sitemap. Sebenarnya dan 2 hari aku cuba. Hari ni baru menjadi. Syukur sangat-sangat.

Sumber : Google

p/s : Harap entri ni membantu bagi mereka yang memerlukan.