Tag Archives: puanbee

Pondok Kecil @ Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah sekian lama duk fikir, akhirnya Pondok Kecil telah berjaya membuat page Facebook.Tidak dinafikan memang banyak kelebihan apabila kita membuat page Facebook untuk blog sendiri. Tambahan pula sekarang ni sudah terbukti laman sosial adalah salah satu platfon yang terpenting di kalangan masyarakat dunia untuk berhubung disamping berkongsi maklumat antara satu sama lain.

Terima kasih kepada owner Pondok Kecil (aku sendiri) kerana bersusah payah membina dan menyiapkan page Facebook untuk Pondok Kecil. Ternyata memang sukar untuk membuat page ni. Tambahan pula ini adalah kali pertama aku membuat page Facebook.

Aku pernah bertanya pada rakan blogger bagaimana cara untuk membuat page Facebook ni. Aku ni pun satu. Dah tahu hal teknikal macam ni mana boleh bagitau melalui mesej. Haha. Face to face la kalau betul-betul nak tahu. Ada jugak cari dalam google tapi makin aku tak faham. Maybe tak kena dengan keyword yang aku taip kot. Hehe.

Betapa gembiranya hati aku bila dah ada yang klik LIKE. Perasaan gembira memang tak boleh nak digambarkan. Seperti dapat rumah banglo 4 tingkat jer. Hehe. Terima kasih kepada Ibu Mifzal Arsyad kerana menjadi orang pertama yang LIKE Pondok Kecil. Terima kasih juga kepada Latifahbee Kay kerana LIKE Pondok Kecil.

Harapan aku lepas ni agar rakan blogger semua sudi LIKE Pondok Kecil. Aku tak mampu memberikan apa-apa balasan. Aku mampu berdoa supaya traffic blog rakan blogger semua terus meningkat dari hari ke hari. Hehe. Terima kasih semua.

p/s : Jangan lupa klik LIKE Pondok Kecil kat sebelah kanan tu. Hehe.

Facebook – Antara Kegunaan & Kepentingan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Laman sosial merupakan salah satu platfon yang terpenting bagi seseorang untuk berhubung. Tidak dinafikan banyak kegunaan dan faedah yang boleh diambil melalui penggunaan laman sosial ini. Diantaranya berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara, berkongsi produk untuk dipasarkan dan lain-lainnya yang berkaitan. Salah satu cabang perniagaan yang mudah untuk diuruskan adalah Facebook. Betul tak?

Banyak juga kegunaan akaun Facebook selain untuk komersilkan perniagaan. Antaranya anjurkan contest. Puanbee anjurkan Small Contest : Lactolite Percuma dan contest ini memerlukan akaun Facebook untuk menyertainya. Puanbee buat contest ni untuk komersilkan perniagaan beliau. Aku rasa berbaloi sangat-sangat la puanbee anjur contest dengan peraturan macam ni. Tambahan pula, aku memang tak dapat sertainya. Lagi la berbaloi-baloi. Adoiii kenapa Facebook jadi sasaran Puanbee? Hehe.

Sejak aku bangunkan Pondok Kecil, aku lihat Facebook memang membawa banyak kepentingan antaranya untuk menambahkan traffic blog. Tapi aku rasa belum masanya lagi untuk aku wujudkan Facebook dalam Pondok Kecil ni. Blog Izzuddin Fauzi juga anjurkan contest iaitu Kontes Seminit Dua dan Menang Solo HD – Beats by Dr. Dre. Untuk memenangi hadiah yang ditawarkan kena LIKE halaman Ezycomp Network Computer Services dan Izzuddin Fauzi. Lepas LIKE, baru komen banyak-banyak dekat blog met9.

Projek Amal Blogger Mahamahu pun perlu di link ke Facebook. Aduss. Semua nak Facebook ni. Hehe. Projek Amal Blogger ni aku just promote dalam Pondok Kecil ni je. Tak boleh nak link ke Facebook Projek Amal Blogger. Sory.

p/s : Pondok Kecil perlu kepada Facebook tak???