Tag Archives: rakan blogger

iPhone 5 Gadget Impian – Please Vote Me!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Contest iphone 5 gadget impian kian merasai kehangatannya. Contest iPhone 5 kini diteruskan lagi cabarannya dengan menuntut peserta untuk mendapatkan undian bagi melayakkan lagi seseorang itu bergelar otai SEO, otai meraih undi, otai pujuk rayu, otai rangka strategi dan segala gelaran lagi. Banyak kelebihan yang aku perolehi apabila menyertai contest gadget impian ini. Di antara perkara yang paling penting yang aku perolehi adalah dapat menambahkan dan mengeratkan lagi silaturahim di antara rakan blogger sekalian.

gadget impian blog popular

Continue reading

Indahnya Alam Maya Dan Media Sosial

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Indahnya alam maya dan media sosial merupakan satu tajuk yang dipilih khas untuk dimuatkan di halaman pondok kecil. Bersempena dengan contest yang sedang hangat berlangsung iaitu contest iphone 5 Gadget Impian, blog popular dan 2012 tahunku yang kacak, maka terhasilnya artikel ini. Sepertimana yang korang semua maklum, media sosial memainkan peranan penting dalam memajukan sesuatu produk, perkongsian ilmu dan sebagainya lagi. Kata pujangga, maklumat kini semuanya dihujung jari. Aku sokong dengan kata-kata itu kerana hanya melayari internet, banyak perkara yang kita ketahui. Tak kiralah teknik SEO, kisah malam pertama, bahana tidak menutup aurat dan segala macam lagi perkara yang boleh kita pelajari.

alam maya dan media sosial Continue reading

Top Komentator Oktober 2012 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri kali ini diteruskan lagi dengan top komentator pondok kecil untuk bulan Oktober 2012. Rasanya baru semalam mengarang entri Top Komentator September 2012 Pondok Kecil. Tetiba pagi ni kena karang lagi entri top komentator ni. Sekejapnya masa berlalu. Sedar tak sedar tahun 2012 bakal meninggalkan kita dengan pelbagai kisah suka dan duka. Banyak kenangan pahit manis yang di lalui sepanjang penglibatan dalam arena blogging. Semoga dugaan yang dilalui ini, dan yang bakal dilalui menguatkan lagi semangat aku untuk mengejar impian di halaman pondok kecil.

Dalam dunia blogging, tidak meriah sekiranya tiada hubungan di antara rakan blogger yang lain. Sokongan daripada rakan blogger sekalian, menaikkan lagi semangat aku untuk terus berjaya dalam dunia blogging. Tidak kepada rakan blogger sahaja, kepada pembaca yang setia, yang tidak mempunyai blog, semuanya aku hargai. Sepanjang penglibatan aku dalam arena blogging sehingga sekarang, tidak ada seorang pun dari mereka yang tak mempunyai blog berjaya menjadi top komentator pondok kecil. Adakah blog pondok kecil tidak mendapat perhatian daripada mereka semua? Adakah entri yang terdapat di halaman pondok kecil masih belum buat korang teruja? Adakah plugin top komentator hanya untuk mereka yang mempunyai blog sahaja? Hehe.

Continue reading

Merdeka Raya 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni adalah sambutan untuk Merdeka Raya 2012 Daerah Besut. Lebih 30,000 penduduk hadir untuk memeriahkan majlis ini di Pantai Air Tawar, Besut. Tidak terkecuali juga isteri aku turut bersemangat meninggalkan aku dan anak untuk menyertai perarakan Merdeka Raya ini. Haha. Jadi master mama la aku hari ni. Semalam meriah juga bandar jerteh dengan perarakan kereta berhias. Aku tak sempat nak snap gambar berkenaan dengan perarakan kereta berhias ni.

Kalau tak mesti dah meletop pondok kecil dengan berita macam ni. Haha. Banyak ragam dan banyak celoteh yang aku dengar dari perarakan kereta berhias ni. Yang penting semua penduduk meriah dalam memberikan semangat kepada mereka yang terlibat.

Ni cuma sebuah jer. Masih banyak yang aku terlepas peluang snap gambar. Huhu.

Continue reading

Almari Sangkut Baju

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ni aku sempat siapkan satu lagi almari untuk sangkut baju kerja yang sudah digosok. Syukur diberi kemahiran sebegini. Dah lama aku nak buat almari sangkut baju ni. Tapi masa tak mengizinkan. Tambahan pula dibulan puasa, makin malas aku nak buat kerja macam ni. Lepas puasa, raya pulak. Haha. Raya sakan aku tahun ni. Rela cuti kerja seminggu semata-mata nak beraya. Yang pasti gaji aku bulan ni tak leh nak berbelanja macam bulan lepas. Sabar je la. Adat pekerja sambilan. Ada masa suka, ada masa duka.

Akibat raya sakan juga, ranking Alexa aku jatuh. Amat kecewa terasa di hati. Mood untuk menulis down seketika. Terima kasih pada rakan blogger yang sudi memberi semangat menerusi komen korang semua di entri ini.

Aku ada terbaca satu entri dalam blog Denaihati yang bertajuk Perlu Ke Update Blog Dengan Terlalu Kerap?, hasil karya Ariffshah. Dan situasi dalam cerita tu sedang aku rasai sekarang ini. Hehe. Ke mood raya dalam jiwa aku tak habis lagi??? Adoiii kuat sungguh tempias raya tahun ni.

Continue reading