Tag Archives: ranking alexa

Adakah Ini Artikel Yang Santai?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entah kenapa malam ni aku rasa nak karang artikel macam ni. Sempena bulan Ramadan ini, kadang kala seronok juga kongsikan artikel yang santai macam ni. Mungkin artikel ini bakal mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia khasnya pengguna perkhidmatan internet di seluruh dunia. Tinggi harapan aku. Besar impian aku. Memandangkan kekasih hati Alexa mungkin sedang merajuk sakan, makanya aku terpaksa lakukan sesuatu.

artikel yang santai

Continue reading

Dalamnya Manis Luarnya Pahit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dua hari meninggalkan halaman blog Pondok Kecil, pelbagai rasa yang singgah menyapa. Keinginan untuk bersama blog Pondok Kecil memang tiada titik noktahnya. Setiap hari dan setiap masa terasa ada suara yang memanggil. Mengiang-ngiang di bibir telinga. Namun apakan daya. Keinginan itu terpaksa di tahan juga. Tetapi hari ni, aku kalah dengan keinginan hati sendiri. Aku kalah dengan pujukan dan bisikan manja yang memaksa aku untuk membeli broadband baru.

dalamnya manis luarnya pahit

Continue reading

Jangan La Macam Ni. Please!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah semangat untuk kemaskini blog Pondok Kecil telah pun pulih. Walaupun tidak sepenuhnya, namun aku tetap berusaha untuk memulihkan semangat aku yang sakit tu. Terima kasih juga pada pihak Celcom diatas cakna yang diberikan. Masalah talian Celcom Broadband di kawasan rumah akhirnya pulih seperti sedia kala. Walaupun sekali sekala ada ayat romantik ‘Connection Fail’, ‘Error 698’, ‘Sory Boh Line Celcom Sumbat’. Apa yang aku harapkan ia akan kekal sampai bila-bila dan akan sentiasa dibaikpulih dari masa ke semasa. Terima kasih pada mereka yang terlibat.

1670532512_1359826116 Continue reading

Selsema Semasa Contest iPhone 5 Gadget Impian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Haru biru hidup aku sehari dua ni dek terkena selsema. Terkena pula semasa contest iphone 5 gadget impian sedang hangat berlangsung. Sebenarnya selsema yang dialami tak ada la teruk sangat. Tapi disebabkan oleh ketidakselesaan pada hidung, aktiviti blogging terganggu seketika. Nak fikirkan idea rasa terganggu jer. Duk main sok sek-sok sek. Bernafas pun macam tak lepas je. Untung juga selsema ni, boleh merehatkan badan sikit. Walaupun hakikat sebenar, di musim yang hangat dengan contest SEO ni, memang tak sesuai untuk aku terkena selsema ni. Entah ada harapan ke tidak untuk mengejar keyword tu. Masa yang ada tak sampai sebulan jer lagi.

Tak… Aku bukan minta simpati pihak penganjur, tapi luahan ikhlas dari pesakit hidung berair. Hehe.

Selsema Semasa Contest iPhone 5 Gadget Impian

Source : Google

Tidak mengapa kerana 3 contest SEO yang telah aku join untuk bulan ni. Ada la tu rezeki diantara 3 contest tersebut. Hehe. Untung aku menyertai contest SEO ni. Antara kelebihan yang jelas lagi nyata adalah pada kedudukan kekasih hati, Alexa. Memang cun habis. Hehe. Terima kasih kepada korang semua kerana dengan kehadiran korang semua membuatkan kedudukan Alexa pondok kecil berada di tahap yang baik. Terima kasih daun keladi buat korang semua.

Continue reading

1ST Giveaways BudakFelda.Com – Tabik Springgg Bro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahniah diucapkan kepada budak felda kerana berjaya membuat giveaway yang hebat sebegini. Walaupun usia blog belum mencecah 1 tahun, namun kesungguhan ditunjukkan dalam menambat hati Alexa amatlah aku kagumi. Semoga dengan kehadiran giveaway macam ni, makin berseri lagi blog beliau bersama kekasih hati aku, Alexa. Hehe.

Bro, cantik banner GA ni. Kredit tu www.ecadwinkyasha.com.

1ST Giveaways BudakFelda.Com tidak memerlukan sebarang kemahiran dan teknik SEO. Hanya perlu review blog beliau dalam laman Alexa sahaja. Tak lama nanti timbul satu lagi permata dalam dunia blogging. Kesungguhan beliau dalam membuat blog walking juga mempengaruhi turun naik ranking Alexa. Kalau rajin buat blog walking, cepat la Alexa jatuh hati.

Tak macam blog aku sekarang ini. Ranking Alexa berada di tahap yang membimbangkan. Apabila ranking Alexa tergugat macam ni, mood aku untuk terus menulis pun sedikit terganggu. Ideal secara automatik semakin mengering. Otak yang dahulunya rajin memikirkan ideal kini lesu dan tak bermaya. Ini lah tempias yang aku rasakan akibat kekasih hati aku, Alexa buat hal.

Continue reading