Tag Archives: sahabat sejati pondok kecil

Sahabat Sejati Di Mata Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kehidupan itu indah jika ditemani mereka yang bergelar sahabat yang sejati. Semakin indah sekiranya dia setia menemani disisi dalam menempuh setiap dugaan dan cabaran kehidupan ini. Namun selayak manakah seseorang itu boleh dipanggil sahabat sejati? Sahabat sejati bukan untuk mengisi ruang gelak ketawa dan riang ria sahaja. Sahabat sejati adalah sahabat yang sanggup mengemudi bahtera kehidupan bersama-sama walaupun menokah arus yang deras dan dalam. Dia adalah sahabat yang sanggup berpanas dan berhujan untuk sahabatnya yang lain. Dia juga sanggup berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa.

sahabat_sejati

Kredit : penoza.deviantart.com

Continue reading