Tag Archives: selamat hari lahir

Tanggal 20 Januari 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tanggal 20 Januari 2011 merupakan detik yang tersangat indah dalam hidup kami sekeluarga. Permulaan untuk sebuah kehidupan yang entah bila ada penghujungnya. Permulaan bergelar seorang ayah, permulaan menimba pengalaman menjadi seorang ayah dan segala bagai lagi permulaan untuk melangkah maju di alam perkahwinan.

Tanggal 20 Januari 2011Masa ni baru umur 6 bulan….

Continue reading

Peraduan Ucapan Hari Lahir Sop

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Peraduan Ucapan Hari Lahir Sop. Entri ini adalah entri yang dibuat khas untuk ditujukan kepada rakan blogger, Sop. Disamping menyertai peraduan yang dianjurkan, entri ini ikhlas dikarang untuk tatapan saudara Sop. Hehe. Tak pernah lagi dalam usia remaja meningkat ke tua ni,  membuat karangan berkaitan dengan ucapan hari jadi. Mungkin zaman persekolah dulu pernah dikarang kot. Aku sendiri pun dah lupa. Mungkin Cikgu Saidi selaku Cikgu Bahasa Melayu tak pernah lupa kot tentang macam mana nak buat kerangka karangan bertajuk hari jadi macam ni.

Untuk menguji kemahiran aku dalam membuat karangan ni, mungkin aku akan cuba buat yang terbaik. Mana tahu kot ada yang berkenan nak upah aku jadi cikgu tusyen ke ataupun cikgu sambilan. Hehe. Jauh panggang dari bara. Begitulah selayaknya untuk menggambarkan angan-angan aku ni. Tapi ada rakan blogger yang cakap, dari angan-angan itulah menjadi kenyataan.

Selamat Hari Lahir

Continue reading