Tag Archives: selamat hari raya aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tinggal sehari jer lagi umat Islam akan meninggalkan bulan yang penuh mulia ini iaitu Bulan Ramadhan. Ramadhan tahun depan andai dipanjangkan umur, akan berjumpa lagi. Akan menikmati kegembiraan bersahur dan berbuka, kegembiraan menunaikan Solat Terawih dan kegembiraan shopping dekat Bazar Ramadhan. Air katira mungkin next year baru dapat merasai pula. Hehe. Bagi peminat setia air katira, harap bersabar yer. Tahun depan pula pakat minum sakan. Huhu.

Sumber : Google

Berbagai persiapan raya yang dibuat sampaikan nak update blog pun tak ada masa. Haha. Raya sakan ker tahun ni? Tak la. Pergi layan jem jer dekat Jerteh. Haha. Baju raya aku dah beli awal-awal lagi. Beli dekat Jakel Kota Bharu. Murah dan selesa memakainya. Sajer beli awal-awal supaya nanti tukang jahit tak tertekan sangat nak menyiapkan baju raya aku sekeluarga nanti.  Rasa gembira jer sebab tahun ni dapat pakaikan anak aku baju melayu. Tahun lepas tak boleh pakai lagi sebab badan dia kecik. Sekarang dah boleh pakai dan tak sabar aku nak pergi beraya bersama kat rumah jiran-jiran serta sanak saudara.

Continue reading