Tag Archives: selamat hari raya

Top Komentator Julai 2014 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin kepada mereka yang mengenali aku selaku pengurus Pondok Kecil. Maaf dipinta andai selama berkenalan ini, ada hati-hati yang telah diguris dengan rakusnya. Banyak jiwa-jiwa yang tidak berada dalam keamanan. Juga banyak bermain emosi dan perasaan korang semua. Aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dengan tagline yang tak basi-basi “Kira 0-0 la deh…”

salam aidilfitri 2013

Gambar : Wordless Wednesday #64 – Salam Aidilfitri 2013

Continue reading

Jahit – Iklan Raya Petronas 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setiap tahun, Petronas sentiasa menghangatkan keadaan dan suasana raya dengan pelbagai iklan raya Petronas yang kreatif dan menyentuh jiwa. Tahun ini, sekali lagi Petronas mengeluarkan iklan raya yang bertajuk Jahit. Kenapa tak letak sahaja tajuk jana pendapatan dengan menjahit. Haha. Bila sebut raya ni, teringat pula pada baju raya. Belum beli lagi baju raya ni. Emm rasa nak pakai yang tahun lepas punya. Tapi dah kecik dan ketat. Tak kan pagi-pagi raya pakai baju melayu seksi dan ketat. Kalau bujang lagi, OK juga. Hehe.

iklan raya petronan 2013

Kredit : Janji Semalam

Continue reading

Hari Raya Hari Untuk Bermaaf-Maafan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Macam mana hari raya rakan blogger sekalian? Adakah meriah? Adakah Suram? Adakah penuh dengan kejutan? Walau apa-apa pun suasana yang berlaku di hari raya ini, aku harap korang semua berbahagia meraikan hari yang mulia ini bersama keluarga dan sanak saudara tercinta.

Sinonim dengan hari raya adalah hari untuk kita bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Andai ada kelukaan yang terpahat dihati, ubatilah ia dengan satu kemaafan. Hanya memaafkan kesalahan orang lain sahaja yang dapat mengubati hati yang luka. Ibarat kata pujangga, buang yang keruh ambil yang jernih. Tak rugi andai hari yang mulia ini kita sinari dengan perasaan yang gembira dan saling mengukir senyuman sesama kita.

Sumber : Google

Continue reading