Tag Archives: selamat menyambut bulan ramadhan

Rakan Blogger Baca Ni

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tak lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa Bulan Ramadhan. Berbagai ragam dan kerenah manusia dapat diperhatikan tak kiralah di bandar, di kampung, di pasaraya, kedai runcit, pasar borong dan sebagainya. Banyak telatah yang sengaja dibuat bagi menyambut bulan yang penuh dengan kenikmatan ini. Tak lupa juga pada telatah mamat ni.

Sewaktu aku sedang makan tengahari tadi adala sorang mamat tu. Ada ke patut dia tanya tauke kedai macam ni “Bang, minggu depan kedai bukak tak??”

Dengan penuh bersemangat, tauke kedai tu pun jawab “Kedai kita buka sokmo. Kenapa? Nak buat tempahan majlis ke?”

Dan aku dengan selamber, penuh dengan perasaan yang tak malu terus gelak. Muahahahaha!!!

Layan jer la bang. Cari duit sampai tak ingat minggu depan dah nak  puasa. Adoiii kalau kedai bukan melayu ok jugak nak cakap macam tu. Mamat tu pun satu. Yang gatal pergi tanya kenapa. Hahaha. Bila teringt kisah ni secara automatik aku rasa nak ketawa jer. Hahahahaha.

Sumber : Google

Lupakan kisah lucu tu. Aku lihat banyak juga blog-blog yang dah bercerita tentang kehadiran bulan puasa ni. Dengan tarikh melihat anak bulannya, dengan pasar ramadhan nya, dan dengan berbagai-bagai santapan lain lagi. Bersemangat korang yer nak menyambut bulan ramadhan ni.

Dan aku macam biasa bersemangat juga untuk menyiapkan banner flash aku. Walaupun tak cantik dan menarik tapi aku berpuas hati. Lepas ni boleh belaja lagi. Buat menda ni sampai lupa nak melawat blog rakan blogger. Sory yer rakan blogger. Aku tak pernah melupakan blog korang. Cuma masa yang selalu mencemburui aku untuk terus bermanja dengan blog korang. Hahaha.

Tambahan pula sekarang ni, yang aku tahu blog puanbee ada buat contest. Blog Cik Tom pun ada buat contest juga. InsaAllah lepas ni aku boleh la bagi tumpuan pada contest diorang pulak. Aku masuk contest ni tak letak pun harapan untuk menang, tapi aku mahu mempromosikan Pondok Kecil ni jer. Mana tahu dapat backlink percuma kan. Hehe.

Bagi rakan blogger yang beragama Islam, aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. Time makan ikan bakar tu, ingat la kat Pondok Kecil yer. Time pergi ke bazar ramadhan tu, mata control sikit yer. Jangan membeli ikut hawa nafsu jer. Nanti membazir. Kita ni senang doh. Ingat-ingat la juga pada orang yang susah tu. Makan dua kali sehari pun belum tentu.

Ok???

Flash Banner Ramadhan Khas buat Rakan Blogger