Tag Archives: sepetang bersama blogger

How To Change Nickname In Website Alexa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Keadaan pondok kecil semakin hari semakin parah. Ditambah pula dengan masalah talian internet di rumah, cukup-cukup memberi tamparan yang hebat. Dalam minggu ni, aku langsung tak dapat mengakses internet di rumah. Talian internet menggunakan Celcom Broadband amat mengecewakan sekarang ini. Langsung tiada liputan 3G. Bukan broadband sahaja yang mengalami masalah seperti ni. Di telefon bimbit juga liputan 3G tidak dapat diakses.

sepetang bersama blogger

Aku pakai iphone 5? Ehh tak ada la. Aku pakai telefon nokia jer, E71. Dah dicampak beberapa kali oleh anak tersayang, namun masih bertahan. Masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan lagi.

Continue reading

#SBB2013 – Aku Terpaksa Lepaskan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

23 Januari 2013

Hatiku berbunga lagi. Hatiku terasa bahagia sekali. Walaupun dugaan untuk menghadirkan diri ke Majlis Sepetang Bersama Blogger hadir menguji, namun ia belum dapat mematahkan semangat aku. Dalam kebuntuan mencari jalan penyelesaain untuk masalah aku tu, akhirnya Allah mengutuskan seorang hamba yang baik hati untuk menolong. Terima kasih saudara Eizil. Kesudian saudara Eizil membantu hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Kegembiraan yang aku rasakan tidak mampu diluah dengan kata-kata.

24 januari 2013

Selepas sarapan pagi, aku bersiap-siap untuk ke Jerteh. Hajatnya untuk mencari tiket bas disamping membeli sedikit barangan keperluan dapur. Lama dah tak beli tiket. Mahal juga tiket ke Klang yer. Ingatkan murah jer. Selepas berbual bicara dengan penjaga kaunter tiket, akhirnya dapatlah tiket untuk ke Klang. Beli tiker pergi dan balik. Malam tu sms Eizil yang aku akan bertolak dari Jerteh jam 9 malam. Malam ni pasti aku tidur dengan nyenyak sekali.

Continue reading

Sepetang Bersama Blogger 2013 – #SBB2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah semangat untuk meneruskan perjuangan bersama Pondok Kecil masih belum pudar. Walaupun sering menghadapi masalah, namun semangat untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang blogger masih kuat. Selepas dugaan broadband kena pukul hari tu, masalah kesihatan pula datang menguji. Siapa pernah terkena cirit birit? Mesti korang rasa macam mana aku rasa. Seksa dan amat menyedihkan. Huahuahua. Bila jadi macam ni teringat pada artikel rakan blogger yang bertajuk Masalah Blog + Kekangan Masa= Malas Update Blog. Disebabkan lama tinggalkan halaman blog, kemalasan untuk update blog tu terasa la jugak. Huhu.

sepetang bersama blogger

Continue reading