Tag Archives: Sulaman tangan

Tak Lapuk Dek Zaman, Tak Lekang Dek Masa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tak lapuk dek zaman, tak lekang dek masa. Itu lah tajuk untuk entri aku kali ini. Nampak bergaya kan tajuk aku buatkan tu. Mesti korang tak sabar-sabar nak membacanya. Tajuk ni kalau buat novel mesti meletup ni. Mesti boleh bersaing dengan Rafina Mimi tuan punya blog rafinamimi.com. Mungkin tajuk entri aku ni tak sehebat tajuk novel beliau, Sayang Cikgu Ketat-Ketat, Sayang Aku Rapat-Rapat. Haha. Tapi sekurang-kurangnya boleh buat korang senyum kan. Gurau jer ni. Jangan ambil hati yer. Haha.

Tepek skeping buat tatapan rakan blogger

Continue reading

Bungkusan Apa Ni? Cam Pelik Jer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernah tak korang rasa jemu dalam pekerjaan korang? Pernah tak korang rasa korang nak brenti kerja dan mulakan hidup baru sebagai full time blogger? Pernah tak korang simpan angan-angan untuk jadi selesa macam kehidupan Abang Ensem? Pernah tak dalam hidup korang, korang jadi yang terbaik untuk si dia? Sampai si dia sanggup menghadiahkan seorang isteri untuk dijadikan madunya? Walau apa pun jawapannya, korang tepuk dada tanya selera sendiri. Dan jangan lupa untuk berusaha bagi mendapatkan segala yang di impikan.

Rezeki memang sukar untuk di duga. Kekadang ada, kekadang tak ada. Macam chipsmore. Kejap ada, kejap tak ada. Selama beberapa hari hati aku terusik dek kekasih hati, Alexa buat hal, kelmarin luka tu bagaikan terubat. Selama-lamanya. Kerana satu bungkusan, ia mampu menjadikan penawar luka dihati. Terima kasih pada yang memberi. Sesuai dengan tagline nya iaitu hidup untuk memberi. Murah rezki aku awal bulan ni. Aminnn.

Mula-mula aku lihat sampul ni, terdetik juga dihati. Bungkusan apa ni, cam pelik jer. Bila pegang jer bungkusan ni, aku dah dapat agak 100%. Ni mesti baju. Wahhh tersenyum lebar untuk seketika.

Continue reading

Cerita Disebalik Sulaman Tangan

Salam 1Malaysia. Sulaman tangan memang tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Sulaman tangan sudah menjadi popular pada masa kini. Ia memainkan peranan penting dalam menggayakan pakaian. Tak kiralah sulaman tangan pada tudung, pada baju, pada cenderehati dan sebagainya. Saya ambil contoh sulaman tangan di tudung la. Kalau kita lihat di pasaran, kebanyakan tudung yang disulam harganya lebih mahal daripada yang tidak disulam. Adakah sulaman tangan ni sukar untuk dibuat? Adakah sulaman tangan ni memerlukan masa yang lama untuk disiapkan? Bagi mereka yang sudah ada pengalaman dan popular dalam bidang ni, mungkin ia adalah perkara yang senang dan cepat untuk disiapkan.

Namun pada pendapat aku, dan pada penglihatan aku, sulaman tangan ni memang ambil masa. Paling cepat sehari. Bergantung pada masa dan mood. kadang-kadang mood juga memainkan peranan. Kalau tengok tudung macam tak lawa jer sulaman dia, comfirm orang yang buat ni sedang dalam keadaan moody. Tak percaya??? Aku pernah mencuba nya. Haha. Tahun 2012 bukan tahunku yang kacak jika melibatkan aktiviti sulaman ni.

Galeri Sulaman Benang My Wife

Aku dan belajar buat sulaman tangan ni seminggu jer. Pas tu brenti terus. Sebab tak leh tahan sabar. Nasib tudung tu aku tak bakar. Haha. Sory my wife. Im not ready to do this. Huhu.

Hari raya ni comfirm penjual tudung sulaman tangan akan mendapat durian runtuh. Kalau tak percaya, wait & see. Apa-apa pun produk yang melibatkan penggunaan di hari raya, memang akan nampak margin keuntungan yang tinggi. Wahh bagi peniaga, masa ni la nak buat promosi. Nak bagi durian runtuh la. Apa la. Kenapala hari-hari macam ni jer dibuat. Kalau dibuat sebulan sekali apa salahnya. Kan2??

p/s : Tahniah My Wife. Dapat tempahan lagi tu. :-) Lepas ni boleh ler belikan iphone 5 yang menjadi gadjet impian selama ini.