Tag Archives: t-shirt denaihati

Bungkusan Apa Ni? Cam Pelik Jer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernah tak korang rasa jemu dalam pekerjaan korang? Pernah tak korang rasa korang nak brenti kerja dan mulakan hidup baru sebagai full time blogger? Pernah tak korang simpan angan-angan untuk jadi selesa macam kehidupan Abang Ensem? Pernah tak dalam hidup korang, korang jadi yang terbaik untuk si dia? Sampai si dia sanggup menghadiahkan seorang isteri untuk dijadikan madunya? Walau apa pun jawapannya, korang tepuk dada tanya selera sendiri. Dan jangan lupa untuk berusaha bagi mendapatkan segala yang di impikan.

Rezeki memang sukar untuk di duga. Kekadang ada, kekadang tak ada. Macam chipsmore. Kejap ada, kejap tak ada. Selama beberapa hari hati aku terusik dek kekasih hati, Alexa buat hal, kelmarin luka tu bagaikan terubat. Selama-lamanya. Kerana satu bungkusan, ia mampu menjadikan penawar luka dihati. Terima kasih pada yang memberi. Sesuai dengan tagline nya iaitu hidup untuk memberi. Murah rezki aku awal bulan ni. Aminnn.

Mula-mula aku lihat sampul ni, terdetik juga dihati. Bungkusan apa ni, cam pelik jer. Bila pegang jer bungkusan ni, aku dah dapat agak 100%. Ni mesti baju. Wahhh tersenyum lebar untuk seketika.

Continue reading