Tag Archives: Tasha Manshahar

Antara Mak Cik Monopos & Anak Dara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Antara Mak Cik Monopos & Anak Dara, mana menjadi pilihan utama? Kadang-kadang kita sendiri pernah tersilap buat pilihan kan? Nak pilih anak dara, tetiba mak cik monopos yang tersengih di depan mata. Mungkinkah mata tersalah buat pilihan atau hati kita yang sememangnya dah mati.

Banyak cerita yang ingin di kongsi berkenaan dengan tersalah buat pilihan ni. Bukan niat dihati nak sakitkan hati sesiapa cuma mahu memberi peringatan dan garis panduan kepada mereka yang belum mengalami. Namun betapa sukarnya nak diluahkan kot nanti ada yang terasa hati.

Baik-baik kan jatuh nanti

Continue reading

Kehidupan Di Alam Percintaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kehidupan di alam tadika yang aku tempuhi penuh dengan bunga-bunga cinta. Bunga-bunga cinta yang bercambah tanpa aku sirami dengan baja-baja cinta. Yang aku tahu, perasaan itu wujud secara semulajadi. Minggu pertama di alam tadika memang tidak dinafikan. Perasaan berbaur kesedihan itu sentiasa ada dikala aku merenung langkah-langkah terkahir mama sehingga hilang dari pandangan mata. Mata yang seakan leka dengan setiap hayunan kaki mama itu, membuatkan kotak fikiran sentiasa berfikir. Dan diselitkan juga dengan beberapa persoalan.

Kenapa mama tinggalkan aku di sini? Kenapa mama tak tunggu aku?

Dan setiap kali persoalan itu muncul, ia diserikan lagi dengan kenangan dan memori indah semasa berada di rumah bersama mama. Waktu pagi, biasanya mama akan menyapu halaman rumah. Sambil aku bermain bermain dengan permainan aku. Lori dan case sentiasa menjadi peneman setia di kala aku memerlukan. Sekali sekala jelingan mata mama itu mengganggu emosi aku untuk bermain. Atas setiap kesalahan yang aku lakukan, mama tak pernah marah aku, tak pernah pukul aku. Sebaliknya memberi nasihat dengan kata-kata yang penuh dengan kelembutan. Itulah cara nasihat yang sebaik-baiknya untuk mendidik anak.

Continue reading