Tag Archives: teknik belajar bahasa inggeris

Minta Jasa Baik Korang Semua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berhubung dengan keinginan aku untuk membuat blog Bahasa Inggeris, aku nak mintak jasa baik korang semua bagi pendapat dan kritikan berkenaan dengan penggunaan bahasa inggeris yang aku gunakan ni. Adakah ia sudah boleh digunapakai dalam kehidupan seharian. Aku tahu bunyinya amat buruk. Tapi itulah hakikat yang terpaksa korang terima dan terpaksa aku hadapi. Biar lah buruk sekali ini daripada buruk selama-lamanya. Untuk menguasai Bahasa Inggeris, memang amat sukar bagi aku. Sebabnya, sewaktu di bangku sekolah lagi aku sudah gagal dalam matapelajaran English ini. Nak layan lagu Oh My English tu boleh ajer. Haha.

Kredit : http://www.astro.com.my/ohmyenglish/

Keputusan Sijil Penilaian menengah (SPM) pun cukup-cukup makan jer. Sedangkan cikgu yang mengajar Bahasa Inggeris waktu tu sangat baik dan cara pengajaran tidak membosankan. Entah kat mana silapnya, aku sampai ke hari ini masih belum mampu untuk menguasai Bahasa Inggeris. Aku tak mintak pun dapat kuasainya dengan baik, cuma apa yang aku harapkan dapat menulis sebaris dua ayat dengan kesempurnaan Bahasa Inggeris yang betul.

Continue reading