Tag Archives: tempias raya

Almari Sangkut Baju

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ni aku sempat siapkan satu lagi almari untuk sangkut baju kerja yang sudah digosok. Syukur diberi kemahiran sebegini. Dah lama aku nak buat almari sangkut baju ni. Tapi masa tak mengizinkan. Tambahan pula dibulan puasa, makin malas aku nak buat kerja macam ni. Lepas puasa, raya pulak. Haha. Raya sakan aku tahun ni. Rela cuti kerja seminggu semata-mata nak beraya. Yang pasti gaji aku bulan ni tak leh nak berbelanja macam bulan lepas. Sabar je la. Adat pekerja sambilan. Ada masa suka, ada masa duka.

Akibat raya sakan juga, ranking Alexa aku jatuh. Amat kecewa terasa di hati. Mood untuk menulis down seketika. Terima kasih pada rakan blogger yang sudi memberi semangat menerusi komen korang semua di entri ini.

Aku ada terbaca satu entri dalam blog Denaihati yang bertajuk Perlu Ke Update Blog Dengan Terlalu Kerap?, hasil karya Ariffshah. Dan situasi dalam cerita tu sedang aku rasai sekarang ini. Hehe. Ke mood raya dalam jiwa aku tak habis lagi??? Adoiii kuat sungguh tempias raya tahun ni.

Continue reading