Tag Archives: terima kasih

Terima Kasih Rakan Blogger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Walaupun sukar, walaupun pahit, ia tetap di telan juga. Itulah namanya kehidupan. Kehidupan yang penuh dengan tekanan perasaan dan emosi. Selepas artikel bertajuk Bagi Ayah Masa Untuk Ayah Temui KEKAYAAN disiarkan di halaman Pondok Kecil, sekali lagi hati aku terguris. Hati yang begitu sensitif sekali lagi terasa ingin mengalirkan air mata. Begitu besar impak yang korang tinggalkan pada artikel tersebut. Terima kasih rakan blogger. Korang memang sporting dan baik hati arrr.

terima kasih rakan blogger

Kredit : Ajaibnya Air mata, Maka Janganlah Ragu untuk Menangis

Continue reading

Pondok Kecil @ Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah sekian lama duk fikir, akhirnya Pondok Kecil telah berjaya membuat page Facebook.Tidak dinafikan memang banyak kelebihan apabila kita membuat page Facebook untuk blog sendiri. Tambahan pula sekarang ni sudah terbukti laman sosial adalah salah satu platfon yang terpenting di kalangan masyarakat dunia untuk berhubung disamping berkongsi maklumat antara satu sama lain.

Terima kasih kepada owner Pondok Kecil (aku sendiri) kerana bersusah payah membina dan menyiapkan page Facebook untuk Pondok Kecil. Ternyata memang sukar untuk membuat page ni. Tambahan pula ini adalah kali pertama aku membuat page Facebook.

Aku pernah bertanya pada rakan blogger bagaimana cara untuk membuat page Facebook ni. Aku ni pun satu. Dah tahu hal teknikal macam ni mana boleh bagitau melalui mesej. Haha. Face to face la kalau betul-betul nak tahu. Ada jugak cari dalam google tapi makin aku tak faham. Maybe tak kena dengan keyword yang aku taip kot. Hehe.

Betapa gembiranya hati aku bila dah ada yang klik LIKE. Perasaan gembira memang tak boleh nak digambarkan. Seperti dapat rumah banglo 4 tingkat jer. Hehe. Terima kasih kepada Ibu Mifzal Arsyad kerana menjadi orang pertama yang LIKE Pondok Kecil. Terima kasih juga kepada Latifahbee Kay kerana LIKE Pondok Kecil.

Harapan aku lepas ni agar rakan blogger semua sudi LIKE Pondok Kecil. Aku tak mampu memberikan apa-apa balasan. Aku mampu berdoa supaya traffic blog rakan blogger semua terus meningkat dari hari ke hari. Hehe. Terima kasih semua.

p/s : Jangan lupa klik LIKE Pondok Kecil kat sebelah kanan tu. Hehe.