Ok. Sudah tiba masanya untuk aku buat perubahan yang ketara pada blog Pondok Kecil. Disebabkan oleh masalah yang tidak diketahui puncanya, aku terpaksa mungkir janji untuk terus setia dengan themes thesis. Aku sebenarnya sayang giler dengan themes thesis tu.
Inilah masalahnya. Bilangan komen ada. Tapi mana dia???
Entah kenapa la Pondok Kecil angin semacam jer. Usia blog tak sampai setahun jagung lagi. Dah macam-macam. Ni semua lepas tengok blog Affan Ruslan berkenaan rekabentuk blog Kujie2.com tu la. Menarik juga design blog baru kujie2.com tu. Terus aku pergi melawat dalam blog kujie2.com. Sempat juga aku tinggal kan komen dalam entrinya yang bertajukKosong.Tapi kenapa disaat entri ni ditulis, komen aku tiada pun dalam entri kosong tu. Haha. Jangan-jangankena ngap kat Spam kot.
Lepas tu aku klik dekat ruangan Biodata. Saje jer nak membaca asal usul blog kujie2.com ni. Dari situ lah banyak perkara yang aku tahu berkenaan dengan blog Kujie2.com. Sejarah awal penglibatan beliau dalam dunia blogging. Apakah makna disebalik nama blog kujie2.com. Memang menarik perhatian aku bila membaca entri ni.
Rekabentuk Blog Kujie2.com
Nama blog pun ada makna tersendiri jugak. Tak ku sangka. Pondok kecil pula tak membawa apa-apa makna. Hentam ajela. Haha. Asal kan aku bahagia. Walaupun hakikatnya hati aku tengah gundah gulana sekarang ini dek Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati . Tak apa la. Yang penting berusaha mencari ilmu. Seperti cerita dalam entri Titan tu.
**********************************************************************
Sekadar renungan. Semalam aku ada la tengok cerita Takdir di TV3 tu. Kisah seekor kucing yang dipotong tangan kerana mencuri sekerat ikan di kedai makan. Aku sebagai penonton di kaca TV ni pun rasa terharu. Apatah lagi bagi mereka yang menyaksikan sendiri penderitaan kucing tu di depan mata. Memang mengguris perasaan betul. Sedih yang terasa jauh lebih hebat dari kesedihan akibat putus cinta.
Sebenarnya apakah kelebihan bila menggunakan theme berbayar ni? Aku sendiri pun tak pasti. Sebabnya ilmu aku tak cukup tinggi lagi untuk menjawab soalan seperti itu. Aku terkenan akan design theme berbayar ni sebab ianya menarik. Makin berseri-seri la Pondok Kecil nanti.
Laman Templatesold
Themes yang aku cari ni dalam laman templatesold. Harganya sangat murah. Bagi aku design theme ni pun menarik jer. Tapi tak tau la bagi korang macam mana. Lain padang, lain belalangnya. Kan? Aku terus sms kawan aku di Kota Bharu. Minta dia belikan. Maklumla aku tak pandai kalau membeli menda-menda macam ni. Hehe. Dia ni adalah pereka laman web pejabat aku.
Amacam kawan?
Kalau korang ada masa, korang klik la link ni. Bukan apa, kalau boleh aku nak dengar juga pendapat rakan blogger Pondok Kecil tentang theme ni. Adakah ia sesuai atau tidak. Atau aku still jer dengan theme free ni. Pandangan korang amatlah bermakna buat aku sebagai orang baru dalam dunia blogging ni.