Tag Archives: tidak amanah

Amanah Dalam Kehidupan Seharian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan blogger, Suri dari blog cahayacinta.com kerana sudi menghantar sebuah artikel yang sangat bermakna ini. Semoga artikel ini menjadi panduan dan nasihat dalam kehidupan kita seharian.

*******************************************************************

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Kita sering kali di kaitkan dengan amanah tapi pernahkah kita menjadi amanah bila memegang hal peribadi seseorang, menjadi bendahari takala memegang wang, amanah dalam perkara-perkara yang telah di janjikan terutama amanahnya kita pada Pencipta untuk tetap sentiasa beribadat kepadanya selagi nyawa masih berhembus. Rasanya masih banyak lagi baki amanah boleh di berikan beberapa cabang ingatan. Seperti contoh sebagaimana amanah pada tanggungjawab di bawah tanggungan mereka yang bergelar ibu bapa kepada anak-anak di bawah tanggugannya.

Bagaimana pula amanah anak-anak kepada kedua ibubapanya yang berjanji untuk berjaya dalam pelajar tapi sampai suatu saat amanah yang dikatakan bersungguh-sungguh itu lerai dengan keputusan yang amat mengecewakan.Sebenarnya banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan amanah dalam kehidupan seharian. Setiap yang wujud sering berkait rapat dalam kehidupan.Tapi jika kita amanah pada sesuatu yang telah ditetapkan kemungkinan kita sendiri akan alpa pada apa yang dikatakan sebuah janji atau ikrar itu telah di mungkiri.

Continue reading