Tag Archives: tiket bas sani

#SBB2013 – Aku Terpaksa Lepaskan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

23 Januari 2013

Hatiku berbunga lagi. Hatiku terasa bahagia sekali. Walaupun dugaan untuk menghadirkan diri ke Majlis Sepetang Bersama Blogger hadir menguji, namun ia belum dapat mematahkan semangat aku. Dalam kebuntuan mencari jalan penyelesaain untuk masalah aku tu, akhirnya Allah mengutuskan seorang hamba yang baik hati untuk menolong. Terima kasih saudara Eizil. Kesudian saudara Eizil membantu hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Kegembiraan yang aku rasakan tidak mampu diluah dengan kata-kata.

24 januari 2013

Selepas sarapan pagi, aku bersiap-siap untuk ke Jerteh. Hajatnya untuk mencari tiket bas disamping membeli sedikit barangan keperluan dapur. Lama dah tak beli tiket. Mahal juga tiket ke Klang yer. Ingatkan murah jer. Selepas berbual bicara dengan penjaga kaunter tiket, akhirnya dapatlah tiket untuk ke Klang. Beli tiker pergi dan balik. Malam tu sms Eizil yang aku akan bertolak dari Jerteh jam 9 malam. Malam ni pasti aku tidur dengan nyenyak sekali.

Continue reading