Tag Archives: top komen blog akubiomed

Kalau Dah Rezeki Tak Kan Kemana

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah berjaya juga melekat di depan tv selama dua jam menonton cerita Mahar Untukmu lakonan hebat Adi Putera, Nabila Huda dan Norish Karman. Cerekarama sempena Anugerah Skrin 2012 memang betul-betul menyentuh perasaan. Penamat cerita yang sungguh menyanyat hati sedikit sebanyak mampu membuat aku teremosi. Nasib isteri sudah tidur. Kalau tidak, kantoi ler yang suami dia ni kaki jiwang, kaki sensitif. Hahaha.

Kredit : beautifulnara.com

Alhamdulillah. Kalau dan rezeki tak kan kemana. Terima kasih kepada tuan punya blog Akubiomed kerana mengumumkan kemenangan top komentator bulan oktober 2012 pada malam ini. Terkejut juga sebenarnya dengan pengumuman macam ni. Macam tak percaya dan yang pasti senyuman aku dah terlebih sampai ke telinga dah ni. Haha. Macam mana tak terkejut kan? Menda yang aku sendiri sangka dah kalah, tetiba boleh menang pula. Hehe.

Continue reading