Tag Archives: yahoo

Teknik SEO Yang Betul

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahukah anda apa itu SEO? SEO adalah ringkasan daripada Search Engine Optimization.  Ia merupakan proses untuk mengoptimumkan blog bagi mendapatkan kedudukan yang terbaik di enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya lagi. Dengan bantuan SEO, enjin carian lebih senang untuk mengenalpasti kata kunci yang kita gunakan dalam setiap artikel blog. Secara logiknya, tak semua manusia berjaya menguasai teknik SEO dengan baik. Pandai menggunakan kata kunci tertentu untuk menawan enjin carian adalah sesuatu yang sukar.

teknik seo yang betul

Kredit : Google Images

Continue reading

Traffic Blog Slow

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hampir sebulan Pondok Kecil bertapak dalam arena blogging. Tetapi sambutan traffic tidak menggalakkan tak mencapai target yang diharapkan. Mesti lakukan sesuatu dan sekiranya berterusan sebegini, no point la aku aku bayar domain dan hosting hari tu. Baik pakai yang free jer. Tak payah pikir banyak hal. Tak payah nak cari plugin kerana hampir 70% sudah tersedia. Tak ada masalah berkaitan dengan Hackers. Hehe. Terbaca juga blog-blog yang kena hacker masa first aku berjinak-jinak dalam membuat blog di awal tahun 2012 ni. Sedikit sebanyak memberi kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga keselamatan blog.

Sumber : Google

Seronok juga membaca pengalaman mereka yang telah mengalami situasi macam ni. Cikgu Hairul dan Ibu Mifzal Arsyad masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam menangani masalah sebegini. Mungkin aku juga akan alami situasi macam ni dan aku tak boleh nak bayangkan macam mana kekalutan yang bakal aku hadapi nanti. Aku redha dan pasrah jer.

Berbagai teknik dan kemahiran yang boleh dibuat untuk menambahbaik blog ni. Masalah menjadi ke tak, tu perkara nombor 2. Nombor 1, usaha. Antara perkara yang aku perlu lakukan adalah mempopularkan blog aku pada mereka yang belum mengetahui.

Masa first setup Pondok Kecil hari tu, aku memang anti bila disebut Bing. Yahoo ok lagi. Google memang terbaikkk. Sejak aku kenal internet hingga hari ni, Google memang tak boleh dipisahkan. Segala maklumat yang aku perlukan, 99% aku jumpa. Tu yang setia dengan Google sampai hari ni. Tapi bila membaca entri Cara nak popularkan blog di Google, Yahoo dan Bing, hati aku jadi terbuka untuk mengenali Yahoo dan Bing dengan lebih dekat lagi. Hehe.

p/s : Pondok Kecil dah daftar dalam Bing. Yahoo on the way.