Tak Ada Tajuk Special

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ok. Pertama sekali aku ucapkan tahniah kepada Encik Titan dan Puan Titan. Selamat menempuh alam perkahwinan. Selamat pengantin baru. Selamat bersuka ria. Selamat menjadi papa dan mama. Dan semoga selamat semuanya. Ok. Aku sokong kata-kata dibawah ni.

tak ada tajuk special

Ok. Macam pinang dibelah dua.

Sekarang ini tidak boleh lagi hendak berkepit dengan emak lagi sebab sudah ada isteri.Aku Biomed

Beberapa hari ni, bukan aku jer yang sibuk. Korang pun sibuk juga kan?

Ada yang pergi bercuti dan ada yang berkerja. Hehe. Aku pun rasanya dah lama sangat bercuti ni. Blog pun malas dah nak kemaskini. Ni pun paksa relakan aje. Apa yang bermain di fikiran, itulah yang aku tuliskan. Bila tengok orang kawin, rasa macam seronok jer. Rasa macam nak laluinya untuk kali kedua. Hahahaha.

“Just for funny. Not be serious.”

Kalau mem besar baca ni, mesti dia senyum aje. Dia tahu la suami dia macam mana. Lebih bercakap daripada membuat. Huhu. Inilah antara resepi kebahagiaan yang kami ada. Sekali sekala perlu juga senda gurau macam ni. Kalau isteri korang tak sporting, jangan sesekali gurau macam ni ekk. Isteri korang mesti terasa hati sampai ke tulang sum-sum jauhnya. Haha.

Bab makan gulai. Memang seronok musim cuti sekolah ni makan gulai. Kambing ada. Lembu ada. Kerbau ada. Ayam lagi lah ada. Masak nasi kat rumah pun, jarang-jarang aje. Lepas ni rasanya dah tak ada gulai dah. Boleh la makan nasi kat rumah pula.

Musim sekarang ni, dah dekat nak puasa ni, ramai yang simpan angan-angan untuk belajar menjahit baju. Tapi tak semua yang berhati waja untuk belajar menjahit baju. Ada tu, hanya melepaskan batuk ditangga sahaja. Ada yang tu pula, pandai bercakap aje. Tapi tak pandai nak merialisasikannya.

Yang betul-betul tanam niat nak belajar menjahit baju, boleh la dapatkan panduan menjahit baju dengan mengklik pautan dibawah ni.

KLIK –>> Panduan Menjahit Baju

Di halaman tu, korang boleh pilih sendiri. Belajar menjahit baju kurung ke, belajar menjahit baju melayu ke, jubah ke, korang pilih la sendiri. Ye?

Musim cuti sekolah ni, banyak gak duit yang telah dihabiskan. Tu belum masuk cuti perayaan lagi. Mesti banyak kelengkapan raya yang perlu dibeli. Kita semua asyik duk merungut aje kan? Duit tak cukup la. Duit gaji nanti sempat ke tidak beli baju raya. Ada yang kata, “Bulan puasa nanti leh la jimat cermat. Simpan duit untuk bekal raya”.

Haha. Sama aje macam aku. Aku pun nak kena simpan duit raya. Nak kena cari duit untuk beli kelengkapan hari raya. Kepada mereka yang bercadang untuk meniaga dibazar ramadan nanti, boleh la mencuba resepi putu bambu yang gebu dan enak. Hasil ciptaan saudara Hairul.

Ok. Dah cukup. Kepada yang berminat untuk mencuba resepi putu bambu yang gebu dan enak, boleh la klik pada pautan di bawah ni.

KLIK –>> Resepi Aneka Putu Yang Gebu dan Enak

Dah cukup untuk hari ni. Aku memang tak tahu nak letak tajuk apa untuk artikel ni. Jadi secara jujurnya, aku rasa dah sesuai dah aku letakkan tajuk macam ni. Hehe.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

52 thoughts on “Tak Ada Tajuk Special

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge