Tak Lapuk Dek Zaman, Tak Lekang Dek Masa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tak lapuk dek zaman, tak lekang dek masa. Itu lah tajuk untuk entri aku kali ini. Nampak bergaya kan tajuk aku buatkan tu. Mesti korang tak sabar-sabar nak membacanya. Tajuk ni kalau buat novel mesti meletup ni. Mesti boleh bersaing dengan Rafina Mimi tuan punya blog rafinamimi.com. Mungkin tajuk entri aku ni tak sehebat tajuk novel beliau, Sayang Cikgu Ketat-Ketat, Sayang Aku Rapat-Rapat. Haha. Tapi sekurang-kurangnya boleh buat korang senyum kan. Gurau jer ni. Jangan ambil hati yer. Haha.

Tepek skeping buat tatapan rakan blogger

Entri ni berkenaan dengan sulaman tangan yang dihasilkan oleh isteri aku. Beria benar dia nak aku masukkan dalam pondok kecil ni. Mungkin my wife nak mintak sedikit pandangan mahupun komen mengenai hasil sulaman yang dibuat. Banyak juga komen positif yang aku terima berkenaan dengan sulaman tangan pada entri yang bertajuk Bungkusan Apa Ni? Cam Pelik Jer. Terima kasih pada mereka yang sudi memberi komen berkenaan dengan sulaman tangan ni.

Permintaan terhadap sulaman tangan makin mendapat perhatian pada masyarakat kini. Sulaman yang dihasilkan dengan menggunakan tangan amat menarik dan menunjukkan beberapa keunikan dalam pembuatannya. Memang tidak dinafikan untuk menyiapkan sehelai baju mengambil masa yang agak lama. Ini bergantung pada suasana dan keadaan si penyulam. Seandainya hidup sebatang kara, tiada keluarga, mungkin boleh disiapkan sehari sehelai. Namun bagi mereka yang bekeluarga, untuk mencapai pada tahap sehari sehelai, memang tak masuk akal. Jauh tersasar pada pemikiran yang waras. Pelanggan, take note this problem ya. Hehe.

Sulaman Tangan - bunga apa ntah. Haha

Makan minum suami perlu juga diambil kira. Tangisan anak meraih belaian pun perlu diberi perhatian juga. Itu tak termasuk lagi tangisan sang suami yang dahagakan belaian. Haha. Bila masuk bab ni, nyulam ntah kemana, benang entah kemana la jawabnya. Hehe. Ini adalah realiti bukan cakap kosong. Bagi mereka yang mengambil upah membuat sulaman ni, mesti akan merasa semua ni. Bak kata rakan blogger, pengalaman adalah guru yang terbaik.

Sulaman tangan ini juga memerlukan kesabaran yang tinggi bagi menghasilkan corak yang menarik. Corak yang menarik akan mewujudkan perasaan ingin memiliki pada insan yang melihatnya. Dan bila perasaan macam tu wujud, peratusan untuk pelanggan menempahnya adalah sangat tinggi. Pandangan dan pendapat pelanggan juga haruslah diambil kira dalam merekacipta corak ataupun kuntuman bunga-buangaan. Baik juga jika mewujudkan satu komunikasi sebelum mencapai sebarang persetujuan. Walaupun kita pakar dalam merekacipta corak sulaman,  tak mustahil pelanggan lebih pakar dari kita dalam merekacipta corak.

Baju rakan sekerja my wife siap sepenuhnya

Kepuasan pelanggan adalah motif utama dalam perniagaan berteraskan jualan. Promosi yang paling mahal yang tidak memerlukan kos terletak pada pelanggan. Sekiranya baik perkhidmatan kita, maka baik lah percakapan mereka berkenaan produk kita. Dan sebaliknya jika perkhidmatan yang kita beri berada pada tahap yang tidak memuaskan hati pelanggan. Pengalaman melihat isteri menyulam, medium pengiklanan yang paling cepat adalah mulut ke mulut. Sangat mujarab.

p/s : Belajar lah menghormati hak orang lain.

29 thoughts on “Tak Lapuk Dek Zaman, Tak Lekang Dek Masa”

  1. kemas sulaman… cuma corak dan bentuk perlu dipelbagaikan… sebenarnya pasaran dan permintaan untuk kain sulam memang tinggi, cuma kita kekurangan penyulam seperti yang ada di negara jiran kita Indonesia.

    sebab itulah kita terpaksa mengimport banyak kain sulam especially dari Padang untuk market kita. (oh ya, kalau nak tahu, semua kain sulam di butik saya dibeli terus dari Bukit Tinggi Indonesia)

    1. ooo mama ada butik ke??wahh menarik jugak..sorg jual tudung, sorang jual kain sulam..ooo menarik sungguh dunia blogging ni..haha..terima kasih mama atas pandangan tu..nanti kena pelbagaikan lagi la yer corak tu..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *