Tak Penat Ke Kerja Siang Dan Malam?

“Abang, tak penat ke kerja siang dan malam?”

“Pagi kerja kat pejabat. Malam pulak kerja kat rumah. Abang ni manusia ke robot?”

“Abang, hari-hari mengadap komputer ni, tak sakit mata ke?”

“Ayang, boleh tolong diam tak??? Tak nampak ke abang tengah FOKUS ni???”tak penat ke kerja siang dan malam

Haha. Giler lah kalau aku kata tak penat. Serius, memang aku tersangat penat sekarang ni. Pagi jadi kuli, malam jadi bos. Memang begitulah lumrah dan rutin aku seharian. Bila badan penat sangat barulah aku tak kerja malam. Tidur itu lebih baik dan lebih syok dari buat kerja mengadap blog. Haha.

Bila fikir nak cari duit lebih dengan blog, rasa macam bertambah semangat pula. Yer la. Bulan Disember ni bulan yang penuh dengan sweetnya. Aku nak sangat tergolong dalam golongan mereka yang berjaya buat duit dengan blog. Bukan apa. Salah satu sebab yang terpenting adalah, aku nak kerja dalam suasana kerja yang selesa. Tiada tekanan kerja yang melampau dan sebagainya lagi.

Paling penting, dapat luangkan masa yang lebih untuk keluarga.

Dulu, permulaan buat blog, aku tak nampak sangat boleh buat duit dengan blog. Tahun 2013 ni banyak mengajar aku betapa gembiranya dapat menjana pendapatan dengan blog. Yer la tambah duit poket kan. Sikit-sikit pun tak apalah. Janji ada juga yang masuknya.

Antara sumber yang aku ceduk untuk tambahkan lagi skill buat duit dengan blog adalah :-

  1. Ebook Teknik SEO Merah Jambu hasil karya saudara Ahmad Faizal – RM120 sekali seumur hidup
  2. Ebook Buat Duit Blog hasil penulisan saudara Ahmad Faiz – RM35 sekali seumur hidup
  3. Perkongsian ilmu dalam blog rakan blogger – RMFOC
  4. Pencarian ilmu di internet – RM27/bulan
  5. Itu aje kot…

Sumber yang dinyatakan di atas tu, hanyalah sekadar perkongsian sahaja. Kalau korang berkenan, boleh lah beli. Kalau tak berkenan, tak payah la nak buat-buat berkenan semata-mata nak jaga hati dan perasaan aku. Haha. Aku tak kesah. Orang kata, sambil menyelam sambil minum air. Kan?

Ok lah. Setakat ni jer dulu aku nak kongsikan. Korang pulak macam mana? Tak penat ke kerja siang dan malam? Haha.

tak penat ke kerja siang dan malamBila dah jadi macam ni, penat tu automatik hilang. Haha…

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

44 thoughts on “Tak Penat Ke Kerja Siang Dan Malam?

    1. hafizul Post author

      EMm jangan kata macam tu bro..saya tak banyak pun hasil dari blog ni..masih belum cukup untuk tampung gaji ni..haha..orait Sop..terima kasih atas nasihatnya..hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      Emm entah la cikgu..saya kena telan jer mana yang boleh telan..yang tak leh telan saya ketepikan..tu pun kalau boleh ketepikan..haha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge