Tak Yah Fikirkan Sangat Yer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Duit merupakan satu perkara yang seringkali menjadi penyebab untuk emosi berada dalam keadaan yang agak tidak keruan. Betul? Bila sebut aje duit, yang demam akan kebah. Yang malas jadi rajin. Yang bersemangat waja boleh bertukar muram durja. Pasal duit, semuanya boleh jadi tanpa perlu ada hujah yang kukuh. Haha.

wanita
Sekadar hiasan : Google images

Semalam ada skodeng seorang awek…

Dari cahaya lampu yang agak suram. Di satu sudut yang agak terpencil. Dapatlah aku merumuskan bahawasanya awek ni sedang berada dalam mood kerisauan yang teramat sangat. Tiada sebab lain. Mesti krisis kewangan. Ditangannya ada dompet. Dan dompet itu ditenun semacam nak telan aje.

Disisi kirinya pula bertemankan Bonia. Beg tangan bewarna oren dan bermata dua lengkap dengan hidung.

“Mesti beli kat Lazada…”

bonia beg tangan wanita
Lazada Pages

Kata hati aku amat kuat menyatakan yang awek ni beli kat Lazada. Amat kuat menyatakan keyakinan itu. Entah kenapa.

Dan gelagat awek itu terus diperhatikan….

Dompet itu…. Sekejap dibuka… Sekejap ditutup.

“Awek ni mesti tengah runsing pasal duit…”

[quote]Segala poket yang ada dibelek perlahan-lahan. Semacam mencari sesuatu yang hilang. Raut wajahnya yang seakan risau dan moody membuatkan tanggapan aku semakin kukuh.[/quote]

Beberapa kali aku cuba mengulangi ayat yang sama. Dan semakin kerap ayat itu diulang, semakin bertambah perasaan ingin mengetahui.

Kejantanan yang ada semacam terselah. Tanpa disengajakan, naluri “MELINDUNGI” semakin berkobar-kobar.

Hilang lenyap sabar untuk memerhati, terbit pula rasa ingin menyapa.

Dengan tidak disengajakan, kaki terus melangkah. Perlahan-lahan menapak. Bimbang jika kehadiran ini mengejutkan si awek tersebut.

Salam dituju sebagai pembuka bicara. Tetapi lain pula yang jadinya….

“Apa hal tenun orang macam nak makan aje ni? Salam tak jawab…”

Bisik hati aku yang agak hairan.

“Awak ada masalah ke? Boleh saya tolong???”

Aku tawarkan secara percuma dan sedikit pun tiada tak ada udang disebalik mee. Haha. Akan tetapi hampa ketemu jua.

Pertanyaan sekadar pertanyaan. Tiada jawapan yang diberikan. Wajah aku yang berkulit sawa matang ini ditenun. Terus direnung tanpa berkelip kelopak mata.

“Tahula aku ensem. Tak yah nak tenun lama-lama la… Kan jatuh cinta susah pulak…”

Serius… Secara tidak sengaja. Ya. Masuk bangkul angkat sendiri.

“Awak, saya tanya ni… Awak ada masalah kewangan ke???”

Dan tiba-tiba awek tadi menangis dan dibirai matanya ada air yang bertakung.

“Ahhh sudahhhh….”

Aku memang tak leh dengan awek yang suka menakungkan air mata. Memang lembik susah nak bangun-bangun dah. Apatah lagi nak berjalan. Yang dia menangis sape suruh. Ni yang buat aku rasa serba salah ni.

Tanpa berfikir panjang, sejumlah note kertas bewarna unggu dikeluarkan dari push beg. Walaupun jumlahnya tak berapa banyak, tapi cukuplah untuk buat belanja sampai hujung bulan Syawal nanti. Siap boleh shopping raya bagai lagi.

“Nah ambil la… Buat belanja dibulan puasa ni….. Ada lebih guna untuk Raya yer…”

Tapi aku hairan dan pelik. Orang dapat duit ni mesti gembira. Awek ni lain pulak.

Dia punya menangis semakin menjadi-jadi. Dia punya jeritan semakin kuat. Kuat sangat sampaikan aku rasa macam nak tampar-tampar aje.

SSLAP400px2-full
Slapppp….!

“Bang!!!!!! Apa abang ni. Anak nangis pun tak sedar ke??? Bangun bang…. SAHUR!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Dahhhhhhh. Kena siren dengan bini pertama….

Cehhh mimpi rupanya.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

12 thoughts on “Tak Yah Fikirkan Sangat Yer”

  1. Betullah… Bila fikir pasal duit jer tentu rasa pening kepala… Terutamanya hari pertama dapat gaji… Baru jer dapat gaji semua nak kena bayar… Sampai ke petang, dah lebih separuh kena bagi dekat orang lain… huhuhu

  2. awek tu cantek tak..kalau tak sanggup pass dengan saya la pulak..nanti saya mengayat untuk dijadikan bini kedua..

    ceh..saya pun bermimpi ..cuma dalam khayalan semata-mata sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *