Taman Reakreasi dan Mini Zoo Kemaman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Korang pernah bercuti ke Taman Reakreasi dan Mini Zoo Kemaman? Macam mana? Seronok? Menarik? Anak-anak tak nak balik rumah? Rasa nak pergi lagi ke tak? Menyesal datang sini? Tak menarik langsung? Banyak pula soalannya. Kan?

taman reakreasi dan mini zoo kemaman

Ada orang kata tak seronok. Binatang pun tak banyak yang ada. Ada juga yang kata, harimau kurus macam lidi. Dan pelbagai lagi jawapan apabila ditanya soalan yang berkaitan dengan Mini Zoo Kemaman. Ya. Aku tak nafikan. Itu hak dan pandangan mereka. Ada juga yang tak pernah jejakkan kaki ke zoo ni pun berfikiran negatif gak.

Entah. Kat celah mana tak puas hati pun tak tahu la. Serba serbi tak kena jadinya. Kesian Menteri Besar Terengganu. Punyalah susah dan penat nak cari peruntukan bina Mini Zoo Kemaman ni. Haha.

Akhirnya…

Aku sendiri telah pergi mengunjungi Taman Reakreasi dan Mini Zoo Kemaman tersebut. Perjalanan memakan masa selama 3 jam setengah. Dari Jerteh sampailah ke Taman Reakreasi dan Mini Zoo Kemaman. Jarak yang sesuai untuk percutian pergi dan balik pada hari yang sama. Kan?

Minyak kereta pun tak banyak. RM50 pergi dan balik. Perbelanjaan ke taman ni, sekitar RM100 sahaja. Hahaha. Biasa la. Bajet nipis, kena buat perancangan yang rapi. Kan?

Ok. Apabila aku jejakkan kaki ke zoo ni, dapatlah aku rumuskan beberapa perkara. Antaranya :

  1. Tiket murah dah. RM10 untuk dewasa. Anak aku yang umur 3 tahun tu, tak kena bayaran.
  2. Binatang pun boleh tahan gak la. Sesuai dengan namanya mini zoo. Bukannya Zoo Negara. Kalau Zoo Negara, memang tak logik dengan jumlah binatang yang ada sekarang ni.
  3. Ada kenderaan disediakan untuk mengangkut pelawat ke destinasi tertentu di dalam zoo. Jalan kaki pun, sedap juga. Dapat tengok dan sembang-sembang dengan burung unta.
  4. Ada surau, tandas yang agak selesa, kafe dan mini kedai runcit ada dalam tu. Sebab tu di pintu masuk ada papan tanda “Dilarang membawa masuk makanan”.
  5. Ada kanopi atas pokok. Sambil jalan-jalan leh tengok binatang dibawahnya. Seronok tengok anak gembira naik kanopi ni. Hati aku pun turut sama gembira.
  6. Ada kolam untuk mandi-manda. Taman permainan pun disediakan juga. Puas pujuk anak aku keluar zoo. Sebab tak puas lagi main kat taman permainan.
  7. Ada taman orkid dengan pelbagai jenis bunga orkid yang ditanam.

taman reakreasi dan mini zoo kemamanSuka tengok anak ceria macam ni…

Antara binatang yang sempat aku melawat ialah :-

  1. Burung unta, burung kakak tua, burung merpati, burung helang, burung hantu dan pelbagai jenis burung yang aku tak kenal.
  2. Tapir, rusa, angsa, itik dan beberapa jenis ayam yang aku tak kenal.
  3. Kolam ikan ada. Boleh la kenal pelbagai jenis ikan.
  4. Seekor ular sawa. Anak jer lagi. Masih kecil. Sangkar ular tedung dikosongkan buat sementara waktu.
  5. Orang utan. Yang ni kelakar. Asal lalu jer depan dia, mesti tadah tangan minta makanan. Masa ambil gambar, selamber jer dia senyum dan tengok kamera.
  6. Spesis monyet. Pandai bergayut. Makan pisang dan tangannya agak panjang. Aku tak kenal ini binatang. Tapi muka dia cantik jer. Kalau boleh dukung bawa balik kan seronok. Haha.
  7. Kuda, gajah, harimau, singa dan buaya.
  8. Beruang. Namanya beruang ni aku lupa. Tapi tak besar la. Kecil jer. Lebih kurang paras pinggang macam tu la. Ada dua ekor. Barangkali jantan dan betina. Hehe.
  9. Dan ada satu dua lagi binatang yang aku tak pernah tengok dan tak kenal.

Sesuai dengan namanya Mini Zoo, aku tersangatlah berpuas hati. Lawatan keluarga yang aku rasa agak berbaloi juga la. Janji, anak seronok dan gembira. Itu dah cukup baik. Hampir 4 jam aku meluangkan masa dalam zoo. Lenguh habis segala sendi.

Cuma, ada beberapa cadangan sahaja yang ingin diutarakan. Sekadar pandangan seorang pelawat yang tak bertauliah.

Cadangan kepada penambahbaikan Taman Reakreasi dan Mini Zoo Kemaman :

  1. Tempat parkir kenderaan. Kawasan parkir telah disediakan. Dah cantik. Kalau boleh, letak satu bangsal. Letak juga satu guard. Bukan apa. Parkir kereta ni luar kawasan zoo. Bimbang la. Kita duk leka tengok binatang dalam zoo. Tetiba….. Tak leh nak balik. Kesian kan?
  2. Ni aje la. Yang lain aku dah berpuas hati. Jauh tapi berbaloi kiranya. Hehe.

Akhir sekali…

Jom layan gambar sekeping dua…

taman reakreasi dan mini zoo kemaman*********************************************************************

taman reakreasi dan mini zoo kemaman*********************************************************************

taman reakreasi dan mini zoo kemaman*********************************************************************

taman reakreasi dan mini zoo kemaman*********************************************************************

* Gambar agak kabur dan tak cantik kerana dah dikecilkan saiznya. Harap maklum ye? Hehe.

Korang pernah singgah tak kat sini? Apa pandangan korang ekk? Leh kongsikan di ruangan komen di bawah.

64 thoughts on “Taman Reakreasi dan Mini Zoo Kemaman”

  1. Assalammualaikum…

    mselim3 tu.. ada gak gi zoo tp zoo melaka.. dapat tgk pertunjukkan buaya.. seram gak tgk buaya nie besar2 .. zoo kemaman nie boleh cuba gi pulak..

    mselim3

  2. Ambe belum pernah lagi singgah. Biasa lalu jer. Itupun kalau lalu ikut shortcut jalan belakang.

    Kalau namanya mini, padanlah binatang byk tu..ambe kira..dah ok dah tu…

    sekarang, zoo negarapun ambe dah tak berapa nak pergi..mahal dan tak puas tgk binatang..baik p zoo melaka..binatang dekat2..boleh tgk puas2..

    apapun, lepas ni boleh try mini zoo kemaman…

    tahniah mb terengganu =)

  3. kami sefamily pun suka pegi zoo. kalau zoo taiping tu dah berapa kali lawatannye. zoo negara baru sekali sejak ada anak, tu pun semasa tinggal di KL

    bravo kemaman sbb ada mini zoo. ok le tu. dpt juga menambah ekonomi Terengganu

  4. Tak pernah lagi berkunjung ke Zoo Kemaman ni.. Nampak Best jer… Kalau ada kesempatan boleh bawa anak-anak bercuti ke Zoo ini.. Tentu anak-anak saya suka…

    1. Emm dah tentu la..seronok gak la..bagi saya yang tak pernah ada peluang lawat mana-mana zoo, memang teruja sangat bila pertama kali jejakkan kaki ke sini..hehe

  5. Walaupun hometown kat Terengganu tapi tak pernah sampai lagi sini. Macam best je ni. Kena pergi jugak ni. Baru boleh cerita kat orang nanti

  6. Dulu masa g agak xdok mende pung.mungkin leni ok sikit.xmboh la banding ngri lain..sbb tganu ni pn bru nak naik…kira kemajuan dh tu.nanti dungun ada taman air..tgh buat tu…mari dungun pulok neh

    Huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *