Tanggal 20 Januari 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tanggal 20 Januari 2011 merupakan detik yang tersangat indah dalam hidup kami sekeluarga. Permulaan untuk sebuah kehidupan yang entah bila ada penghujungnya. Permulaan bergelar seorang ayah, permulaan menimba pengalaman menjadi seorang ayah dan segala bagai lagi permulaan untuk melangkah maju di alam perkahwinan.

Tanggal 20 Januari 2011Masa ni baru umur 6 bulan….

Kehidupan ni, rasa tak seronok jika tidak diserikan dengan gelak ketawa, tangisan, dan celoteh seorang anak. Kehadiran si anak dalam kehidupan kami sekeluarga menceriakan lagi suasana ceria yang sedia ada, mengembirakan lagi hati kami serta memberikan kami sinar baru dalam hidup ini.

Tidak dinafikan. Perasaan gembira bergelar seorang ayah, perasaan teruja menimang cahaya mata memang tak dapat digambar dengan kata-kata. Mahupun dengan perwatakan ceria. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya kami dengan nikmat pemberiaan dan amanah yang tidak terhingga nilainya ini.

InsyaAllah. Selagi mampu, selagi hayat di kandung badan, selagi itulah kami akan terus berdoa agar sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Impian dan niat hati ni, kalau boleh nak anak yang ramai. Tetapi, aku hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan segalanya.

“Apa, abang ingat ayang ni kilang ekkk???”

“Abang, pentingkan kualiti… Bukan kuantiti…”

Antara bait-bait romantik yang terpaksa ditelan manis apabila “Ayang, abang nak anak ramai ekkk…”. Haha. Begitulah kehidupan. Tak ada senda gurau tak seronok rasanya. Lagi banyak gurauan lagi mesra lah hubungan yang dibina. Kan?

Tanggal 20 Januari 2011 merupakan hari lahir untuk anak sulung aku. Hari ni genaplah usianya 3 tahun. Wahhh anak ayah dah besar yer. Tak lama lagi dah boleh pergi sekolah. Semakin bulat dan semakin banyak gurauannya. Celotehnya, memang tak kering gusi. Aksinya yang terlampau, ragamnya yang tak tentu arah membuatkan hidup aku agak tertekan untuk seketika.

Namun semua itu hanyalah dugaan sementara bagi kami sekeluarga. Bukan senang nak besarkan seorang anak. Kan? Apa yang aku harapkan, aku mampu menjadi seorang ayah yang terbaik di antara yang terbaik. Walaupun hakikatnya aku sentiasa kalah dengan dugaan sementara tu.

Untuk anak ayah, Selamat Hari Lahir. Bila dah pandai membaca nanti, jangan lupa baca artikel ni ekk. Dan semoga menjadi anak yang baik dalam hidup ayah dan ibu sampai bila-bila. Aminnn.

50 thoughts on “Tanggal 20 Januari 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge