Team Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sabtu yang lepas, sempat meluangkan masa bersama keluarga setelah sekian lama menyibukkan diri dengan aktiviti seharian. La Hot Spring menjadi pilihan untuk meluangkan masa bersama keluarga. Dah lama tak datang kat sini. Ternyata banyak perubahan yang telah dilaksanakan.

Kredit Picture : http://www.ceritahuda.com/2015/09/bersantai-di-la-hot-spring-besut.html

Kredit Picture : http://www.ceritahuda.com/2015/09/bersantai-di-la-hot-spring-besut.html

Walau sibuk mana pun kita, jangan kita lupa pada keluarga. Depa semua rindukan “masa berharga” yang ibu dan ayah sukar untuk dikorbankan. Terutamanya suami yang giler kerja. Lagilah diorang rindukan “masa berharga” dari kita yang rajin bekerja ini. Haha.

“Masa itu berharga…”

Dulu masa kerja govemen, banyak masa free yang ada. Tapi sejak memegang status “kerja sendiri”, tak banyak masa free yang ada. Hari cuti dah tak rasa nikmat “hari cuti”.

Ramai gak kawan-kawan yang jeles.

“Sedapkan kerja sendiri???”
“Waaa best la dah kerja sendiri…”
“Untung la hang dapat kerja sendiri…”

Dari sudut yang tersurat, memang la sedap. Memang la syok. Memang la untung. Memang la bahagia kerja sendiri. Akan tetapi, dari satu sudut yang tersirat, aku rasa kerja makan gaji lagi best. Haha.

Walaupun begitu, andai kata ada yang pelawa kerja kerajaan mahupun swasta, aku tetap akan gilingkan kepala. Bukan nak sombong, bukan juga nak tolak rezeki. Tetapi aku rasa dah jatuh cinta dengan “kerja sendiri”. Kecuali ada rezeki dan “tuah” yang memaksa aku untuk berpaling tadah dengan gembiranya. Haha..

Dah sayang ketat-ketat dengan apa yang aku miliki…

Ada rasa bahagia dalam derita… Juga ada rasa manis apabila minum nescafe 0 tanpa gula…

Dan paling sweet, gembira apabila RM10 mampu bertahan selama seminggu.

Walaupun selalu derita, terlepas tension pada anak-anak, selalu buat jelingan garang kat isteri, namun aku rasa bahagia. Dan apa yang aku ada, apa yang aku rasai kini, amat sayang untuk dilepaskan.

Aku sebenarnya beruntung. Beruntung sangat-sangat.

Ada keluarga yang sempurna bahagianya.

Ada isteri yang garang tetapi manja bertempat. Sporting dan senang dipujuk bilamana datangnya “malam Jumaat”.

Ada isteri yang selalu “Support” dalam setiap aspek kehidupan.

Ada isteri yang rajin “Top Up” bila suaminya kering…

Ada isteri yang sanggup menjaga rumahtangga tanpa mengeluh kepenatan…

Ada isteri yang suka lawak tak bertempat…

Juga tidak terkecuali ada isteri yang suka menyusahkan suaminya dalam keadaan yang tidak mengizinkan…

Ada anak sulong yang selalu kena marah, tetapi masih lagi mencari lengan ayahnya untuk dijadikan bantal waktu tidur.

Ada anak kedua yang selalu dengki apabila abang mula berkepik dengan ayahnya.

Ada anak-anak yang rajin bermain tapi malas nak kemaskan permainan sendiri…

Ada anak-anak yang excited jumpa ayahnya ibarat tak jumpa setahun…

Dan macam-macam lagi nikmat kehidupan yang ada dalam keluarga yang bergelar “Team Pondok Kecil”.

team-pondok-kecil

Thank You Allah. You give me what we need in our LIFE….

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

24 thoughts on “Team Pondok Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge