Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Malam ni mood nak makan ayam KFC pulak dah. Makan KFC dengan tebus kupon KFC job dirumah. Merasa jugak ayam goreng hot and spicy tu. Terima kasih kepada pihak job dirumah kerana sudi memberikan aku kupon KFC ni. Walaupun tarikh luput kupon ni lambat lagi, tapi nafsu untuk makan ayam KFC kuat sangat. Maka terpaksa la aku lesapkan kupon tu malam ni jugak. Hehe. Mungkin ada diantara rakan pembaca semua yang terima kupon KFC dari job dirumah kan?
KFC – So Goooooooooooood!!!
Seronok tengok anak aku makan. Macam-macam gaya dibuatnya. Tapi tak seronok mana makan KFC malam ni. Ada sekumpulan kanak-kanak riang sedang meraikan hari jadi. Riuh rendah suasana. Adoiii makan pun tak puas. Tak apa la nak. Dah hari jadi kamu special nak diraikan bersama ayam goreng KFC, apa boleh aku buat. Diamkan diri sambil melantak paha ayam goreng la jawabnya.
Selamat Hari Jadi pada mereka yang terlibat
Untuk hadiah giveaway pondok kecil, aku baru aje selesai membuat bayaran. Kepada mereka yang berjaya menjadi pemenang, sila check akaun masing-masing yer. Kalau ada RM 21 tu, yela tu hadiah giveaway pondok kecil. Hehe. Cuma rakan blogger On Lajer dan Wan Kaze sahaja yang ada sedikit masalah. Onlajer pakai bank selain daripada bank CIMB dan Maybank. Rentetan daripada cadangan beliau, aku transfer RM19 je la. Walaupun hati aku terasa berat dengan pemberian tersebut, namun aku terpaksa akur. Hadiah untuk giveaway pondok kecil cukup-cukup sahaja. Aku tahu pemilik blog Onlajer tu seorang yang baik hati.
Wan Kaze pula, terpaksa aku hold kan dulu pembayaran hadiah ni. Sebabnya? Ini adalah rahsia aku dengan dia sahaja. Hahaha. Sekali lagi aku rasa aku gagal dalam menyelesaikan giveaway ini dengan sesempurnanya. Mintak halalkan semua yer. Tidak lupa juga kepada saudara Yusri, hadiah untuk juara top komentator bulan Disember 2012, telah aku masukkan ke dalam akaun. Jangan lupa kemaskini akaun anda. Hehe.
Lama dah tak makan ayam goreng KFC ni. Bila dan makan, mestilah kena makan sampai habis. Ha? Kemaruk ayam goreng KFC? Tak adala kemaruk sangat kan. Orang kata membazir tu amalan syaitan. Hehe. So, terpaksalah layan ayam goreng KFC sampai ke tulang.
Itu sahaja yang mampu aku coretkan berkenaan dengan Tebus Kupon KFC Job Dirumah. Dan malam ni mesti tidur nyenyak dan InsyaAllah tiada mimpi buruk lagi. Haha. Akhir kata, akhir bicara selamat membaca dan selamat melayari blog pondok kecil. Apa yang baik, korang ambil jadikan teladan. Apa yang buruk, korang ambil jadikan sempadan. Nanti lepas baca jangan lupa komen yer. Komen korang semua yang boleh menaikkan semangat aku untuk terus maju dalam dunia blogging. Terima kasih daun keladi, lepas baca hari ni, esok datang lah lagi.
untung dapat kupon kfc. licin tulang ayam 😀
yang tinggal hanya tulang kfc
ada entri baru aku datang lagi
hehe
besnye dpt kupon free..
huh…sedap kfc tu boh…tamboh lagi hok free pulok tu….hahaha
ok boh terima kasih untuk hadiah itu…
ada dapat kupon eh..terbaik lah
wahh..dapat kupon kfc jobdirumahh..
bertuahnya….dapat bawak anak makan KFC huhuhu
lama tak pekena KFC ni ..:)
aduss…sedapnya ayam KFC..
ps : thanks hadiah giveaway tu.
wah, habis ko sapu semua ekk..kebas anak punya sekali ke?
yang anak kena kebas dah..dia makan sikit jer..takut membazir..hehe
habis licin…sehingga menjilat jari tak..?
Haha..anak jer jilat jari..ayah dia tak sempat..
lain kali g jerteh nok suruh abe jo blanjo kepsi..hehe
Hahaha..bereh2..kalau itu dah menjadi takdir rezeki cikgu..hehe
KFC…ok jugaklah tu bro pk..hehe…licin…mmg terbaik
kalau tak cukup, bli tepung serbaguna tu, kasi goreng kat rumah plak…hehehe
p/s-terima ksh byk2 bro atas hadiah tu…sudah ditrima…moga dimurahkan rezki…ameen
Boh,paka kamera gapo ambik gamba tu?napok peseng po dslr jah..huhu
Oloh demo ni…demo pakai nujum ko gapo nih?cakno betul demo kawe..LIKE3!!!haha..kawe paka camera biasa2 jah boh..tunggu income blog juta-juta dulu nak pakai hok ganas2..haha
jolo ko demo? kalu kamera compact, model gapo demo paka?panda demo setting…
haha..kawe pakai camera canon jah..dop seting gapo pun cumo wak terang cahaya jah..
kemah boh…kawe pakai canon jugop…tapi hok lamo doh…ixus 70…terbaik…5 tahun doh dengan kawe…huhu
makan kfc kenyang perut suka hati
Haha..perut memang suka hati tambahan pula kena yang FREE..hehe
Lama tak makan KFC… Terliur lak baca entri ni.. terpaksa terjah dlm masa terdekat.. hoho
Hahaha..terjah jgn tak terjah..habis la KFC tu nanti..
Untung la dapat kupon free tu ye. Dapat bucket ke? atau 2-3 ketul ayam je tu?
licin KFC tu.. x pelawe.. hehehe
Ahakksss…lupa pulak nak pelawe..tunggu saudara Sop singgah Jerteh ler..sy belanja KFC..
dapat makan free! idaman setiap insan. heehhhe 😀
tgk gmbr pon dh terasa feel goodnya..hehehe
haha..kuat betul penangan gambar KFC ni..
best kan dpt kupon free kepci..hehee 🙂
bestttttt..memang besttt!!!
eca byk kupon kfc & pizza,tpi tuk guna kat Sabah je lah yer.hehehe
Alamak..baru nak suruh hantar ngn flight sakni..nanti ke Sabah boleh la nk suruh eca belanje..