Teknik Penulisan Yang Betul Untuk Buat Duit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Teknik penulisan yang baik mampu memberi kepuasan di hati pembaca. Gaya penulisan yang menarik, diolah pula dengan isi yang mantap akan menjadikan sesuatu artikel itu seronok untuk dibaca. Bukan sahaja pembaca merasa puas, malah kita sendiri yang menulis akan terasa tempiasnya juga.

Teknik Penulisan Yang Betul Untuk Buat Duit

Menulis bukan hanya dikertas sahaja…

Menurut saudara Shamsuriyadi, terdapat dua teknik penulisan yang selalu digunakan. Teknik penulisan pertama ialah penulisan kreatif. Keduanya pula ialah penulisan non-kreatif.

Penulisan kreatif – Ini termasuklah penulisan bagi menghasilkan novel, cerpen dan sewaktu dengannya. Penulisan non-kreatif – Penulisan ini lebih mudah kerana ianya berbentuk informatif dan antaranya adalah seperti penulisan buku panduan, ebook, artikel, blog dan sebagainya. Sumber

Penulisan non-kreatif ini yang selalu aku gunakan untuk menulis blog. Juga digunakan untuk membuat artikel promosi berhubung dengan produk yang ingin dijual. Dan penulisan yang baik, kena dengan teknik dan gayanya mampu menghasilkan jualan yang memberansangkan.

Semua orang mampu menulis dengan menggunakan teknik penulisan yang mudah (non-kreatif). Disebabkan gaya penulisan ini tidak memerlukan ilmu yang khusus, maka ia telah menjadi satu sebab yang kukuh kenapa ramai yang berjaya buat duit dengan menulis.

Dan aku terpaksa akur dengan sebab tersebut.

Kalau nak kira, aku bukannya pandai sangat dalam bab menulis. Akan tetapi, hasil daripada ketidakpandaian aku menulis, akhirnya aku berjaya mendapat komisen hasil daripada jualan produk berkaitan.

Dua Teknik Penulisan Yang Baik Untuk Buat Duit

Salah satu bukti yang aku berjaya buat duit dengan menulis…

Bagaimanakah korang nak dapat duit dengan menulis? Ada 4 cara yang ingin aku kongsikan.

  1. Tulis ebook.
  2. Tulis buku.
  3. Tulis blog.
  4. Tulis untuk akhbar ataupun majalah.
  5. Ada lagi. Tapi cukup la tu. Kan naik lemak pula korang membacanya.

Buat duit dengan menulis di empat medium yang aku terangkan diatas perlunya kepada teknik dan pembelajaran yang betul. Nak tulis ebook, mesti ada caranya. Nak tulis buku pun kena ada caranya. Pelanduk aje yang dua serupa. Penulisan ni lain belaka caranya. Sebab tu aku suruh korang belajar. Haha.

Bukan apa. Aku cuma tak nak korang terbabas dan tersasar dari laluan asal jer.

Kalau korang nak belajar salah satu daripada empat medium yang diterangkan diatas, sila dapatkan pakej video panduan buat duit dengan menulis terbitan saudara Shamsuriyadi. Sangat terbaik cara penulisannya. Dan secara tak sengaja, aku pun ada koleksi buku yang ditulis sendiri oleh saudara Shamsuriyadi.

Tajuk buku yang ada dalam koleksi aku ialah Blog + Google Adsense=Duit.

Sebab itu aku kata buku yang dihasilkan beliau itu menarik. Seronok dan sedap dibaca. Dan korang pun akan dapat juga buku “Blog + Google Adsense=Duit” apabila korang membeli pakej video cara buat duit dengan menulis. Ditambah lagi dengan beberapa bonus gempak yang lain.

Tak percaya? Klik pautan dibawah dan baca sendiri. Aku malas nak cerita kat sini. Boleh tak macam tu?

>>> Buat Duit Dengan Menulis

Aku tak paksa korang beli itu panduan. Tapi aku paksa korang untuk belajar 4 medium tersebut. Agar korang pun boleh berjaya mewujudkan sumber kewangan kedua hanya menggunakan platfon penulisan sahaja.

61 thoughts on “Teknik Penulisan Yang Betul Untuk Buat Duit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge