Teknik SEO Yang Betul

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahukah anda apa itu SEO? SEO adalah ringkasan daripada Search Engine Optimization.  Ia merupakan proses untuk mengoptimumkan blog bagi mendapatkan kedudukan yang terbaik di enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya lagi. Dengan bantuan SEO, enjin carian lebih senang untuk mengenalpasti kata kunci yang kita gunakan dalam setiap artikel blog. Secara logiknya, tak semua manusia berjaya menguasai teknik SEO dengan baik. Pandai menggunakan kata kunci tertentu untuk menawan enjin carian adalah sesuatu yang sukar.

teknik seo yang betul

Kredit : Google Images

Namun, semua itu bukanlah halangannya. Dalam kepayahan mempelajari teknik SEO, ramai juga yang berjaya mengusainya dengan baik. Bahkan mereka yang baru berkecimpung dalam dunia SEO juga mampu menguasai teknik-teknik SEO dengan sempurna. Kehidupan blogger sekarang ini dah tak sama dengan kehidupan blogger beberapa tahun kebelakangan ini. Dulu, nak dapat ilmu berkenaan dengan teknik-teknik SEO pun susah. Sekarang, semuanya dah senang. Sudah banyak sumber rujukan yang boleh digunapakai untuk menguasai SEO dengan baik.

Secara teorinya ada satu formula yang aku perasan selama berkecimpung dalam dunia blog. Formula tersebut adalah, SEO + Traffic = Duit. Ok. Rata-rata blogger yang berjaya menjana pendapatan melalui program Affiliate, adalah mereka yang sudah berjaya menguasai beberapa teknik SEO. Dan daripada kejayaan menguasai teknik SEO tu, mereka senang untuk mendapat traffic melalui enjin carian. Dalam istilah lain biasanya dipanggil Organic Traffic. Dan dari situ, setiap produk yang mereka promosikan senang untuk mendapat perhatian pembaca hanya dengan menggunakan beberapa kata kunci yang tertentu. Orang puteh panggil keyword.

Cuba korang taip keyword Melayu Boleh kat enjin carian Google.com. Tengok siapa yang mendominasikan halaman goolge.com tu. Yang pasti ianya bukan blog Pondok Kecil. Haha.

Permulaan buat blog dahulu, tak terlintas pun di fikiran untuk menjana pendapatan melalui blog. Atas naluri dan desakan nafsu cemburu buta ni, maka aku beranikan diri untuk menyertai program Affiliate. Program Affiliate pertama yang aku sertai adalah program Jobdirumah. Alhamdulillah. Sehingga ke hari ini, aku berjaya mendapat komisen untuk setiap produk yang aku promosikan.

Korang pernah rasa macam ni tak?

  1. Sudah setengah tahun menyertai program Affiliate. Namun hasilnya masih tiada.
  2. Rasa tertipu selepas menyertai program Affiliate?
  3. Hilang kepercayaan pada program Affiliate?
  4. Bloger tu siarkan komisen Affiliate. Blogger ni siarkan komisen Affiliate. Korang? Nak tunjuk satu bukti komisen Affiliate pun susah. Tak ke cemburu buta namanya tu?
  5. Beribu artikel yang korang baca berkenaan dengan teknik menguasai SEO dengan baik, namun masih juga belum berjaya menguasainya. Mesti korang stress sangat-sangat. Kan?
  6. Sampai satu tahap, korang tak kesah pun bila aku ajak menyertai program Affiliate. Adakah korang betul-betul tak nak menyertai ataupun korang sebenarnya dah berputus asa?
  7. Alasan negatif sahaja kalau aku teruskan menulis. Titik.

Apa yang korang rasa dan apa yang korang alami, aku tak boleh nak selaminya juga. Apa yang aku boleh lakukan, kongsikan sumber rujukan dan garis panduan untuk korang pelajari dan kuasai teknik-teknik SEO dengan baik. Aku ada beli satu ebook SEO ni. Dan daripada pemerhatian aku, isi kandungan yang diceritakan dalam ebook ni memang menarik dan senang untuk korang pelajari.

–>> Ebook tersebut adalah Kitab Teknik SEO Merah Jambu Versi Lelaki Kacak

Dalam ebook ni, ada beberapa teknik yang telah lama aku praktikkan sehinggalah aku berjaya menjana pendapatan ke 17 dari jobdirumah. Dan $10 daripada program monitor backlinks. Kalau tak ada bukti korang tak percaya kan?

teknik seo yang betul

Masih banyak teknik-teknik SEO yang betul yang terdapat dalam ebook ni. Teknik mengumpan, penggunaan keyword dan cara-cara meletakkan keyword, semuanya ada diceritakan dalam ebook Kitab Teknik SEO Merah Jambu ni. Dalam ebook ini juga, ada diceritakan kisah-kisah berkenaan dengan program Affiliate. Bagi aku, jalan ceritanya sangat lengkap. Dan apa yang aku rasa sekarang, aku rasa berbaloi-baloi membeli ebook ni. Sekarang, masanya untuk aku kongsikan laluan yang betul untuk korang menjana pendapatan pertama dari blog.

Korang tak nak beli, aku tak kesah pun. Sikit pun aku tak rugi. Cuma aku kesal sahaja. Korang ada minat dan ada semangat nak jana pendapatan sampingan dari blog. Tapi korang silap teknik-tekniknya. Aku dah labelkan laluan yang betul, korang buat-buat tak nampak je. Jadi sekarang, tepuk dada tanya la selera.

Ok. Aku tak nak membebel lagi. Kalau aku teruskan juga, sampai ke 1000 patah perkataan pun mampu aku tulis kat sini. Nanti korang muak pulak. Hehe.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur. Sekadar perkongsian daripada pengalaman orang baru dalam dunia blogging.

63 thoughts on “Teknik SEO Yang Betul”

    1. Haha..memang doh cikgu..pengalaman mendewasakn..jarang sekali ada yang betul2 nak beli melalui link aff kita..ramai dah yang kata mcm tu..dan memang betul pun..hahaha

  1. Yang penting, lepas orang dah share ilmu, kite kene pratikkan. Bukan lepas cube buat terus menjadi. kene banyak buat trial and error.

    1. Hehe..yang tu namanya tak sabar dah tu..memang hidup dalam dunia blogging, hidup dalam dunia buat duit melalui blog, kena banyak try & error..nak harapkan orang berikan selalu, tak merasalah jawabnya..kan bro?hehe

  2. Dulu-dulu saya belajar pasal blog guna Google jer. Kitab-kitab ebook ni amat sukar nak carik walaupun yang dikeluarkan oleh orang putih. Sekarang ni orang Malaysia dah ramai yang jadi pakar SEO.

    1. Hehe..betul tu bro..ramai yang kata macam bro katakan ni..apa-apa pun sekarang, bro dah banyak pengalaman kan..paling best, bro pandai BI…perghh lagi senang nak buat duit..kan?hehe

    1. Hehe..insyaAllah..senang je nak faham apa yang diceritakan dalam tu..lepas habis study tu boleh lah buat latihan praktikal yer..haha..semoga bro pun berjaya mcm en titan tu..

  3. SEO satu skill yang tak semua blogger boleh memahaminya dengan detail… kalau dapat mengaplikasi ilmu SEO, dan ditambah pula dengan trafik yang banjir… blog anda memang akan dicari advertsier…

  4. pertama kali mendapat komesyen affliate ialah dr web tambah ketinggian. byk kali juga dapat dan pendapatan pasif yg cukup baik. dengan 1 entry byk kali boleh dapat
    kemudian cuba beberapa affiliate lain.
    Sop suka affiliate utk brg maujud 🙂
    skrg dah x pasang dan join… huhuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *