Banner

Tabung Khas Simpan Duit Siling

by hafizul on August 7, 2012

in Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah lama aku mencari sesuatu yang boleh dibuat tabung. Kalau kat kedai banyak jer. Tapi aku macam selalu lah. Malas nak beli kat kedai dengan alasan “nanti tabung ni tak bermakna pulak.” Hehe. Aku suka membuatnya sendiri daripada membeli di kedai sebab nilai yang aku akan dapat amatlah tinggi. Buat sendiri, rasa dihargai juga. Walaupun buat untuk diri sendiri. Haha.

Kebetulan petang tadi masa kopak kelapa (koyok nyo), aku tak tau pun yang kelapa ni dah rosak. Sekali penat sebab bila habis semua kulit dah buang, tetiba tengok bontot dia, ada lubang daaa. Haha. Patut la ringan semacam jer kelapa tu. Ada juga goyang-goyang kan kelapa tu, tapi tak de bunyi airnya. Emm aku ingat kan kelapa ni betul-betul dah tua. Mesti gulai bini aku tip top petang ni.

Rupanya ada lubang di punggung dia. Haha. Terus terlintas di fikiran untuk membuat tabung. Duit siling ada la sikit bertaburan atas almari tu. Orang tua kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Mana tahu dapat beli si putih gebu nanti. Ni dia Tips Berjimat Menabung Duit Syiling Cara Mudah. Hehe. Jom layan gambar dibawah.

Tabung Siling

Ingatkan kelapa ni ok. Habis kulit dibuang, bontot pula yang berlubang.

Tabung siling

Selepas selesai membuang/mengikis segala bulu dan kulit yang kasar. Biar licin sikit tempurung kelapa tu.

Tabung siling

Selepas selesai proses membuang kulit kasar dan bulu, akhirnya tempurung tersebut dibakar agar segala bulu yang halus dapat dibuangkan. Ini menjadikan tempurung kelapa kelihatan lebih licin lagi.

Tabung siling

Rupa paras yang sudah licin dan boleh digunakan sebagai tabung duit siling. Kacak tak?

Untuk menu berbuka puasa tu, aku terpaksa mencari kelapa kering yang lain pula. Rezeki aku kot. Pergi jer dekat pokok kelapa, jenguk buahnya, tiada pula kelapa yang kering. Cuba selak-selak semak dan terjumpa sebiji buah kelapa yang kering. Alhamdulillah. Dapat juga makan gulai ikan tenggiri buat berbuka puasa nanti. Hehe.

Gulai ikan tenggiri

Jeng...Jeng... Jeng...Akhirnya menu berbuka puasa pun siap. Haha.

p/s : Rakan blogger ada tak tabung duit siling? Adakah serupa macam aku punya? Huhu.

{ 41 comments… read them below or add one }

cik tom August 7, 2012 at 11:33 pm

cik tom ada tabung syiling tp guna bedak atau kotak je… senang..hehe
cik tom recently posted..Senarai Gambar Hadiah Giveaways Blog Cik TomMy Profile

Reply

hafizul August 8, 2012 at 12:03 am

emm pernah juga buat pakai bedak ni..biasa la cik tom..rasa nak ada kelainan sikit..tu yang buat macam ni..kebetulan jumpa tempurung dah dah ada lubang..hehe..

Reply

Man August 8, 2012 at 12:13 am

wa..boleh buka kedai ni. kedai jual tabung..
Man recently posted..Penjenamaan SemulaMy Profile

Reply

hafizul August 8, 2012 at 12:19 am

Hahahahaha..boleh jer..janji dapat banyak stok tempurung mcm ni..

Reply

titan August 8, 2012 at 12:33 am

aku pakai botol air je..hehe
titan recently posted..Komisen pertama dari PeperiksaanAkauntan.comMy Profile

Reply

hafizul August 8, 2012 at 3:59 pm

Botol air pun ok jugak…janji kena rajinkan diri menabung la..kalau buat comel2 tapi malas nak menabung, tak de makna jugak..kan en titan?hehe

Reply

Jebeng Otai™ August 8, 2012 at 5:45 am

sy pki kotak jer..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Projek Amal El Qashrin QaisaraMy Profile

Reply

hafizul August 8, 2012 at 3:57 pm

Kotak kan tak tahan lama..ke kotak kayu?

Reply

Cikgu Hairul August 8, 2012 at 11:28 am

Boleh diperbaiki lagi tabung tu bro. Letak tempurung kelapa yang dah dibelah separuh sebagai tapak. Lepas tu kasi licinkan sikit guna kertas pasir. Perh… Memang mengancam.
Cikgu Hairul recently posted..Makan banyakMy Profile

Reply

hafizul August 8, 2012 at 3:56 pm

wahhh cikgu cakap mcm ada pengalaman jer…mesti masa kecik2 dulu pernah buat tabung dengan tempurung kelapa ni..haha

Reply

daddydee August 8, 2012 at 12:47 pm

Kreatif amat tuan.. Syabas… Mesti best kan…
daddydee recently posted..Wordless Wednesday : Kemalangan LamborginiMy Profile

Reply

hafizul August 8, 2012 at 3:55 pm

haha..kreatif sikit2 ajer…emm best la sebab buat sendiri..walaupun tak cantik tapi cukup sempurna dimata aku..huhu

Reply

daddydee August 8, 2012 at 4:40 pm

yang penting kepuasan sebab hasil tangan kita tu tuan…
daddydee recently posted..Blog Review : 1 Hari 1 Blog oleh sop.name.myMy Profile

Reply

hafizul August 8, 2012 at 4:48 pm

Yaaa betul tu bro..hehe…mana nak dapat mcm ni kat tempat lain..1 dalam seribu nih..hehe

Reply

daddydee August 9, 2012 at 2:18 pm

betul satu dalam sejuta pun belem tentu tuan…hahaha

nanti mungkin tuan boleh buat pendapatan dengan hasilkan kraftangan…
daddydee recently posted..Protected: Selamat Hari Lahir SayangMy Profile

Reply

hafizul August 10, 2012 at 12:10 am

heheh…kelau nak buat pendapatan tu, kena cari byk tempurung kelapa yang comel2 la..yang lubang tak luas..baru ada pembelinya..hehe

Reply

Mummy Akmar August 8, 2012 at 12:59 pm

Rajin & Kreatif..

nanti nak keluar sure susahkan? nak kene amik parang belah kepala tu
Mummy Akmar recently posted..Iftar di Pizza HutMy Profile

Reply

hafizul August 8, 2012 at 3:54 pm

Hehehe..terima kasih..ada la sikap kerajinan tu sikit2..emm tak tau la sempat penuh ke tidak raya ni..haha

Reply

puanbee August 8, 2012 at 3:20 pm

Tabung tu kecik sgt kejap je habis , saya n suami pakai tabung dari tong gas aircond , besar haaa
puanbee recently posted..Resepi : Puding roti Dan Sos KastardMy Profile

Reply

hafizul August 8, 2012 at 3:52 pm

Yaaa betul tu puanbee…tabung pakai tong gas aircond tu memang lambat penuh..nak korek pun pyh..abang ipar ada buat mcm puanbee tu..berat nanang nak angkat..haha

Reply

Blog Asyraf August 8, 2012 at 6:53 pm

Macam ni memang kreatif bro..huhu..
Blog Asyraf recently posted..Arsenal Sah Tandatangani Santi CazorlaMy Profile

Reply

hafizul August 8, 2012 at 11:20 pm

hehe..terima kasih bro…

Reply

Blog Asyraf August 9, 2012 at 12:30 am

sama2 :D
Blog Asyraf recently posted..Gambar Penangan Aiskrim Baskin Robbins PercumaMy Profile

Reply

Blog Asyraf August 8, 2012 at 6:55 pm

Sedap tengok gulai tu.. Hoho :D
Blog Asyraf recently posted..Arsenal Sah Tandatangani Santi CazorlaMy Profile

Reply

hafizul August 8, 2012 at 11:20 pm

hahaha..memang sedap bro..isteri aku yang buatkan..selera aku berbuka dengan gulai tenggiri ni..huhu

Reply

Blog Asyraf August 9, 2012 at 12:31 am

Pos sikit kat sini..wahaha..
Blog Asyraf recently posted..Gambar Penangan Aiskrim Baskin Robbins PercumaMy Profile

Reply

hafizul August 9, 2012 at 8:49 am

nak pos ekk..dah sampai nanti, basi la tu..haha

Reply

Ibu Mifzal Arsyad August 8, 2012 at 8:48 pm

hehe…sgt kreatif
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Iklan Raya Petronas Sempena Hari Raya Aidilfitri 2012My Profile

Reply

hafizul August 8, 2012 at 11:17 pm

biasa la ibu..suka buat menda mcam ni..rasa puas + nikmat pun ada..huhu

Reply

Denaihati August 8, 2012 at 10:26 pm

besar mulut tabung ni, sonang pulak nak korek nanti…heeee
Denaihati recently posted..5 Tips Mudah Untuk Blogger – tips dari NamiaCinta.comMy Profile

Reply

hafizul August 8, 2012 at 11:16 pm

hehehe…rasanya tak korek dah kot..tapi tak tau la tu…besar ekk..haha

Reply

yusri August 9, 2012 at 11:50 am

bukan kopak boh…kopek…hehe…demo jange pehe go lain pulok…huhuhu
yusri recently posted..Berbuka Puasa Dengan Bubur Lambuk TerengganuMy Profile

Reply

hafizul August 10, 2012 at 12:17 am

hahaha..kopek pun kopek la..kawe tak po nikoh doh…hahaha

Reply

yusri August 11, 2012 at 6:21 am

huhuhu…mujo…

Reply

yusri August 9, 2012 at 11:53 am

untuk improvement:
1)guna sand paper untuk licinkan surface
2)sapu syelek + lacquer (varnis) untuk finishing.
3)macam kata cikgu hairul…buat tapak supaya tabung tu boleh duduk stabil.
yusri recently posted..Berbuka Puasa Dengan Bubur Lambuk TerengganuMy Profile

Reply

hafizul August 10, 2012 at 12:17 am

jolo doh tu…tak po nanti jupo tempurung hok comel sikit, baru kawe wak supo demo dan cikgu oyat..bereh boh??hehe

Reply

yusri August 11, 2012 at 6:23 am

bereh….

Reply

budakfelda August 10, 2012 at 9:23 am

kreatif la bro…boleh buat tempahan kal umcm nie..:)
budakfelda recently posted..Olimpik 2012 : Pandelela Rinong Membanggakan MalaysiaMy Profile

Reply

hafizul August 10, 2012 at 10:07 pm

hahaha..tempahan bro???kena cari alternatif lain la biar dapat tempurug kelapa macam ni..yang pasti lubang kena kecik sikit..

Reply

Oh! budu August 10, 2012 at 11:19 am

bontot berlubang? haha.. lawak

Reply

hafizul August 10, 2012 at 10:04 pm

Hahaha…ada jugak ayat2 yang boleh melawak yer..huhu

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: