Tingkap Terbuka, Cobaan Pencuri Masuk Ke Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Suasana hujan rintik-rintik menambahkah lagi kebimbangan aku pada keselamatan ahli keluarga. Seorang anak, seorang isteri, dan seorang sepupu yang berusia 12 tahun menjadi amanah aku untuk dijaga. Suasana yang agak suram akibat beberapa lampu utama yang rosak membuatkan mata dan pendengaran aku begitu peka sekali. Setiap bunyi dan kelibat bayang-bayang sentiasa menjadi perhatian aku. Aku tak pasti kenapa aku terpaksa menempuh suasana malam yang begitu menakutkan. Kebiasaannya suasana macam ni tak pernah berlaku. Terasa ia bagaikan mimpi tetapi itulah hakikat yang perlu aku sedari. Wajah isteri, wajah si anak, ruang tamu rumah, pintu besar, jendela dan langsir memang kepunyaan rumah tersebut.

Iya betul, aku bukan bermimpi. Ini realiti yang terpaksa aku tempuhi.

Sedang leka memerhatikan si isteri melipat kain baju, aku dikejutkan dengan bunyi kenderaan mendekati halaman rumah. Semakin hampir dan jelas kedengaran bunyi enjin kereta. Aku begitu cemas dan aku hanya mampu menjadi pendengar yang baik. Mampu memerhati kesamaran cahaya lampu kereta yang semakin terang benderang menghampiri halaman rumah. Aku tak pasti waktu itu, adakah si isteri menyedari akan kehadiran kereta tersebut. Aku bangun dan terus menghampiri tingkap rumah. Mendengar dengan teliti keadaan diluar sana.Tetiba enjin kereta dimatikan. Terus sunyi dan jantung aku waktu itu semakin kuat berdenyut.

Duuuuummmm…

Bunyi dentuman pintu kereta. Bunyi suara orang bercakap dan sedang membincangkan akan sesuatu topik. Aku tak pasti kerana bunyi hujan agak mengganggu aku untuk mendengar perbualan mereka. Aku cuba memberanikan diri untuk mengintai di celahan lubang dinding. Dan aku nampak beberapa orang lelaki menuju ke padang rumput bersebelahan rumah. Kelibat bayang mereka terus hilang dari penglihatan aku. Lebih kurang beberapa minit, kelibat mereka mula kelihatan dengan mengusung satu bungkusan panjang. Sekali tengok seperti mengusung mayat yang kemas berada dalam kain kapan.

Semakin kuat jantung aku berdegup. Aku hairan dan pelik, kenapa suara si isteri tidak kedengaran. Sedangkan tingkah laku aku sebegitu sepatutnya menimbulkan tanda tanya pada diri beliau. Aku mengalihkan pandangan ke arah si isteri. Leka betul dia mengemas bilik tidur. Aku semakin hairan. Adakah aku bermimpi? Kalau aku bermimpi kenapa aku berada dalam suasana yang betul. Keadaaan fizikal rumah aku memang realitinya sepertimana yang aku lihat. Tak, aku bukan bermimpi.

Daaaammmmm…

Terkejut pula bunyi tingkap yang ditiup angin. Aik??? Kenapa ruang tamu ni tingkap terbuka? Sedangkan pada waktu begini tiada lagi tingkap yang terbuka. Dah sah isteri aku lupa nak tutup. Adoiii apa nak jadi la. Macam mana boleh lupa ni. Rungut aku dalam hati sambil melangkah menuju ke tingkap. Selesai tutup dan kunci tingkap tersebut, aku terus menuju ke dapur. Sebelum sampai di dapur, ada lagi tingkap di ruang tamu yang tak ditutup. Aku mula bengang dan cepat-cepat menutup tingkap tersebut. Perkara yang sama pula terjadi di tingkap yang aku tutup tadi. Terbuka luas.

Kalau ikut logik memang tak logik la kan. Mana ada tingkap terbuka sendiri. Kan??? Apa yang korang semua rasa. Rasa tak logik juga kan? Namun itulah keadaan yang perlu aku tempuhi malam tu.

Tak lama lepas tu, pintu besar pula yang terbuka. Semakin cemas dan tanpa berkata-kata aku terus menahan pintu besar daripada terus terbuka luas. Ya Allah siapa yang tolak pintu ni. Lelaki perkasa macam aku masih belum mampu melawan tolakan tersebut. Entah kenapa aku tetiba teringat akan hantu. Terus dibaca ayat kursi beberapa kali dan seluruh tenaga dikumpulkan untuk menaham tolakan tersebut. Teringat pada seorang rakan yang tahu bab-bab macam ni. Cis line pulak tak ada. Macam mana tak ada line ni sedangkan kawasan rumah tu selama aku tinggal, line sentiasa dalam keadaan baik. Entah kenapa malam itu semuanya pelik.

Sekali lagi mata aku ligat mencari kelibat si isteri. Ha? Boleh jer dia bersiap nak pergi mandi? Ehh dia tak tau ke yang aku tengah berada dalam keadaan yang kritikal ni?

Tetiba bunyi enjin kereta. Laju memasuki halaman rumah dan merempuh dinding bilik air. Aku hanya memerhati dari tingkap dan kaku untuk bersuara. Diam seribu bahasa waktu tu. Ni apa kes pulak ni. Tetiba teringat akan isteri sedang mandi. Dengan segera aku memaksa sepupu yang berusia 12 tahun untuk memaklumkan kepada si isteri. Kereta yang merempuh dinding bilik mandi tadi adalah kereta kancil. Ya jelas kelihatan itu adalah kereta kancil model 860 yang lama. Aku betul-betul mengenali jenis kereta tersebut. No plat sahaja yang aku tak perasan. Mujur lah dinding simen itu tak pecah. Turun beberapa orang lelaki gagah dari kereta tersebut. Seorang sedang memanjat dinding tersebut.

Alamak ada orang nak masuk mencuri. Segera aku mengambil kunci kereta untuk melarikan diri. Sambil memaksa si isteri menyiapkan dirinya. Ya Allah tuhan jer yang tahu bagaimana cemasnya aku waktu tu. Rasa nak jatuh jantung ni. Dengan selamber isteri bersuara.

“Emmm kita ni memang macam ni dah. Selalu menjadi perhatian orang”

Tetiba kedengaran anak menangis. Waktu tu la aku pelik. Ha??? Betul ke? Ehh tak percaya…

Rupanya aku bermimpi. Tengok isteri sedap jer tidur. Anak pun lena tidur. Peluh dingin membasahi dahi dan jantung berdegup dengan kencang sekali. Ya Allah hebatnya hasutan syaitan. Mimpi ini seakan-akan terjadi. Tengok jam dinding baru pukul 2.30 pagi. Terus bangun dan melawati tempat yang terjadi sepertimana dalam mimpi tadi. Walaupun semangat ni terasa begitu lemah sekali, namun aku cuba memberanikan diri.

Check semua tingkap, berkunci. Pintu besar berkunci. Dinding bilik air ok. Suasana tak hujan dan bunyi cengkerik jer. Duk termenun di dapur sambil meneguk segelas air dan kembali ke bilik tidur. Emm korang pernah mengalami mimpi macam ni? Sejak akhir-akhir ni pelik jer mimpi aku. Aku sendiri pun tak faham. Haha. Hari tu mimpi isteri minta cerai. Kali ni mimpi macam ni pula. Emm pelik-pelik.

Sekian sahaja coretan ikhlas dari aku. Pengalaman menempuh suasana mimpi yang paling mencemaskan. InsyaAllah tidak akan berlaku dalam dunia nyata. Minta dijauhkan Ya Allah. Aminnn.

41 thoughts on “Tingkap Terbuka, Cobaan Pencuri Masuk Ke Rumah”

    1. Emm entah la en titan..tidur tak ambil wuduk..basuhh kaki jerr…mungkin petua nak jadi bomoh kot..haha..pening jugak fikir kenapa boleh mimpi pelik2..kalau mimpi makan cendol kan best..kenyang..hati pun gembira..haha

      1. Ini semua mainan mimpi. Lepas ni bro boleh amalkan baca ayat Qursi dan 3 Qul sebelum tidur…moga2 semuanya dalam lindungan Allah jua..

        fuh! suspen ambe baca..ada bakat tulis cerpen pendek =)

  1. Assalamualaikum…

    Emmmm….mimpi rupanya, ingatkan cerita benar berlaku. Walau apapun, kita harus beringat selalu. Tidak kira masa, sentiasa berwaspada. Kalu nak tidur tu, kena ikut apa yang agama kita sarankan.

    Wassalam….

  2. mula2 aku ingat kejadian sebenar je
    bila dah tingkap sama terbuka, aku dah syak hal mimpi ni
    hehe

    semuanya mainan tidur, bro
    apa pun sentiasalah kunci pintu dan tingkap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *