Tip Semasa Di Tinggalkan Oleh Isteri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni rasa nak kongsikan sedikit tip. Tip semasa di tinggalkan oleh isteri. Tajuk entri ni boleh membawa seribu makna jika tak diterangkan dengan jelas kan? Mungkin ada yang beranggapan negatif, ada yang beranggapan positif. Hehe. Tak kisah la walau apa-apa pun pandangan korang semua, janji korang bahagia, aku sengsara. Emm jenuh duk fikir sari dua ni macam mana la keadaannya nanti bila si anak di tinggalkan oleh si ibu. Ini bukan pertama kali aku ditinggalkan isteri.

Sebelum ni bila ditinggalkan biasanya aku dan anak akan pulang ke kampung mak ayah. Maklumla waktu tu anak masih lagi kecil. Sekarang rasa nak hidup dua beranak jer dalam pondok tu. Nak rasa macam mana suasana duduk berdua jer. Tambahan pula usia anak aku sekarang dah menjangkau setahun lebih. Beberapa bulan jer lagi genapla dua tahun. Apa yang aku bimbangkan adalah penyusuan dia. Jenuh la aku nak pujuk supaya isap botol nanti. Dah la anak aku tu tak suka hisap susu botol.

tips semasa ditinggalkan isteriSumber : Facebook Uztaz Azhar Idrus

Dibawah ini aku kongsikan beberapa tip yang aku buat panduan semasa ketiadaan isteri dirumah.

1. Pastikan stok bekalan telur sudah tersedia di dalam peti.

Biasa la kan, bila sebut bab lauk pauk ni, kebiasaannya isteri yang duk ambil berat. Sehari sebelum pemergian isteri, aku telah sediakan stok telur di dalam peti. Telur merupakan satu hidangan yang mudah untuk disediakan dan juga menyelerakan. Goreng buat telur mata dan makan dengan kicap pun sedap. Malam-malam time lapar boleh jer rebus telur tu buat masak separuh dan dicampur dengan madu.

2. Bekalan keropok yang mencukupi.

Haha. Bab keropok ni, bukan makanan kegemaran aku. Tapi makanan kegemaran anak sulong aku tu. Untuk mengelakkan beliau rasa lapar, keropok goreng mungkin boleh mengatasi masalah ini. Biasa la kan susu dah dibawa pergi oleh ibunya. Susu botol entah minum entah tidak. Kalau tinggal dengan mama asuhan dia, elok jer dia minum. Haiya kadang-kadang aku sendiri pun tak faham. Something wrong some where. Hahaha. Tak apa la nak, asalkan bahagia.

3. Pakaian untuk dipakai diletakkan setempat.

Pakaian memang bukan menjadi ukuran bila hendak dipakaikan kepada si anak. Tapi sejak lahir hingga sekarang, aku bukanlah ayah yang sempurna untuk tentukan pakaian mana yang sesuai dipakai. Tambahan pula sekarang muzim hujan. Suasana yang sejuk memang memerlukan kepada pemakaian yang selesa. Sehari dua ni pernah di komen oleh ibunya.

” Uhh macam la tak ada pakaian lain yang nak dipakaikan. Kesian anak sejuk nanti. ”

Emm aku macam biasa la buat muka sposen jer. Apa yang dicapai oleh tangan aku, itulah pakaian yang bakal aku sautkan di badan si anak tu. Haha. Janji anak suka bila ayah pakaikan.

4. Emosi dan fikiran yang kental.

Kebiasaannya bila ditinggalkan, emosi dan perasaan selalu hadir menduga. Bab emosi ni malas nak cerita. Nanti ada yang senyum sendiri bila baca perenggan ni. Apa yang aku maksudkan adalah, perasaan yang kental setiap kali si anak ajukan soalan,  ibu mana?….. Nak susu… Bila masuk persoalan macam ni, comfirm tersentuh jugak hati aku. Mana tak nya bila dijawab ibu kerja, ditanya lagi ibu mana, ibu mana. Dan setiap jawapan yang diberi mesti diselitkan dengan satu perkara yang boleh buat dia terleka.

Apabila ditinggalkan macam ni, terasa juga betapa pentingnya kehadiran isteri di sisi. Barulah nak hargai jasa yang isteri taburkan selama ini. Bila isteri di depan mata, sentiasa mencari point untuk buat isteri melenting. Haha. Gaduh-gaduh manja katakan. Entah macam mana malam nanti. Peluk anak je la malam ni. So sad……….

p/s : Tak sampai sehari ditinggalkan, perasaan rindu kian membuak-buak. Korang semua ada pengalaman ditinggalkan? Jom kongsikan diruangan komen dibawah.

52 thoughts on “Tip Semasa Di Tinggalkan Oleh Isteri

          1. hafizul Post author

            hahaha..gurau jer bro..biasa kalau mulut galak mcm ni, hati memang tak berani dan tak sanggup nak buat..kecuali diam2 ubi berisi tu…memang makan dalam..hahaha

            Reply
  1. yusri

    Pernah jugak ditinggalkan isteri…itupun sebab hantar balik kampung time berpantang semasa bersalin ataupun memang sebab dia nak balik kampung. Biasanya anak-anak pun bawak balik sekali…so bujang lah kawe…
    yusri recently posted..Gomo Kelate GomoMy Profile

    Reply
  2. hafizmd

    hehe…ambe faham bebenorlah weh..ambepun dah lama ‘membujang’ kat rumah ni….rindu tu tak payah cakaplah…hahahha

    tp no 1 paling penting ialah mental dan fizikal….yg lain2 akan menyusul kemudian…

    p.s-tak tahan bila anak sulung (kakak) cakap yg dia rindukan mama yg terbaring kat hospital….aduuuuuh
    hafizmd recently posted..Seluar Jean Mesra Alam?My Profile

    Reply
  3. hafizmd

    oooo.tips ek…

    bab anak taknak minum susu botol tu, biasanya bila mama dah takde, anak akan jadi pandai utk minum sendiri..pegang sendiri…jgn risaulah bro PK…mesti anak bro tu akan minum susu punyalah….

    tips lain? sms saje sama isteri bila rindu…yeahhh!
    hafizmd recently posted..Seluar Jean Mesra Alam?My Profile

    Reply
                    1. hafizul Post author

                      Haha..parok la boh..lupakan jer la hasrat tu..hahaha..kawe nok tulong pun jauh..kalu superman tak po..anytime, anywhere boleh g tlg..hahaha

    1. hafizul Post author

      emm sms kadang2 jer bro..bila ada kerja comfirm tak balas msg..bila tak balas msg, sy akan tunggu..bila dah lama tunggu dan tak ada respon, sy rasa naik darah..dan bila naik darah, sy akan buat perkara bukan2..hahahahaha..emm bab susu, memang anak sy tak kan minum walaupun sehari semalam kena tinggal ibunya kecuali duduk dengan ngasuh dia..baru lah nak minum..haha

      Reply
    1. hafizul Post author

      hehe..memang tu la sy buat sebelum ni..bantu sikit2 jer..tambahan pula anak masih kecil dan susah nak biarkan bermain seorg..kan nanti ada la aksi pelik yang dibuatnya..hehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge