Tips Ajar Anak Tak Pakai Pampers

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Percintaan yang indah suatu masa dahulu akhirnya bersatu menjadi sebuah cinta sejati. Sehidup dan semati, itulah perjanjian kami. Berkorban apa sahaja untuk keluarga tercinta. Penat sedikit walaupun terpaksa, kami rela teguhkan jua. Demi melihat kehidupan si anak ceria dan gembira selalu, kami selaku ibu dan ayah mithali akan menjaga bagaikan menatang minyak yang penuh.

Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan kami sekeluarga. Anak adalah penyeri warna-warni yang telah sedia ada dalam keluarga kami. Kami sayang keluarga kami. Kami tak kan berpisah. Kami buddies. Tak kan terpisah. Ibarat KL dengan traffic jam, burung biru dengan muka buku  tetap rapat. Kami hebat macam budak baik dengan jubah dan kopiah, takkan koyak takkan goyah. Haha.

Ala apa ni artikel skima aje. Santai-santai sikit hari ni boleh? Hari ni cuti. Cuti Hari Malaysia. Seronok kan dapat cuti macam ni selalu. Rilek minda daripada bebanan kerja harian yang entah bila akan ada kesudahannya. Setiap kali cuti hati mesti seronok sakan. Walaupun gaji akan ditolak bila cuti, namun aku gembira. Bebas daripada belenggu arahan yang beribu-ribu satu ragam. Rasa merdeka untuk seketika.

Sejak akhir-akhir ni, bila tiba hari cuti akan mengajar anak cara untuk buang air kecil, cara untuk buang air besar di tempat yang sepatutnya. Dah nak masuk umur 3 tahun. Memang wajar sekiranya diajar untuk tidak memakai pampers lagi. Sekurang-kurangnya boleh jimat sikit. Duit beli pampers lepas ni boleh la simpan untuk bekalan adiknya nanti.

tips ajar anak tak pakai pampersBila dah tak ada kerja nak buat…

Percaya lah. Susah juga nak didik anak supaya pandai buang air kecil dan buang air besar di tandas. Perkara yang mencabar gak la dalam hidup kami sekeluarga. Hehe. Selalu pesan, “Adik nak kencing, adik oyat deh”. Tapi sampai ke hari ni belum berjaya lagi untuk si anak kencing di tandas. Biasanya ikut suka hati dia je nak kencing kat mana. Atas basikal, kat tempat dia bermain dan sebagainya lagi. Jenuh jugak lah nak kemaskini air kencing yang dibuang tu.

Tu belum masuk bab buang air besar lagi. Pernah sekali tu dia buang air besar dekat ruang tamu. Mak aii punya lah harum baunya. Seluruh rumah pulak tu bau. Memang bahaya penangan bau air besar si anak ni. Tak padan dengan usia. Haha. Tapi apa boleh kita buatkan selain nasihat dan cakap elok-elok. Bukan ambik masa sejam dua nak ajarkan benda ni. Kan?

Dibawah ni aku kongsikan beberapa tips ajar anak tak pakai pampers. Baca dan praktiskan yer.

  1. Kenalkan si anak gambar tandas seusia anak 6 bulan.
  2. Selalu bawak si anak kecil berjalan-jalan ke tandas. Terangkan dia apa yang ada dalam tandas dan terangkan dia apa fungsi mangkuk tandas. Kenalkan sekali pam air tu yer.
  3. Pakaikan si anak lampin. Bukan pampers. Dipercayai lampin akan menimbulkan rasa ketidakselesaan apabila anak membuang air besar dan air kecil. Bila tak selesa, senang lah nak basuh di tandas.
  4. Sejam atau dua jam, ajak anak melawat tandas dan suruh dia kencing dalam mangkuk tandas tu.
  5. Gunakan istilah dan panggil yang manja-manja untuk menggantikan nama panggilan kencing dan berak. Aku sebut “cing” untuk kencing dan berak pula susah aku nak tulis kat sini. Haha.
  6. Letakkan sesuatu di dalam tandas yang boleh menarik perhatian si anak untuk ke tandas selalu.
  7. Bila anak terkencing dan terberak di ruang tamu, jangan sesekali marah. Cuba cakap baik-baik dan ajarkan dia apa yang sepatutnya dia lakukan.

Mungkin korang ada petua untuk ajar anak tak pakai pampers. Sekiranya korang sudi kongsikan, ruangan komen sedia menanti. Jangan segan silu untuk kongsikan. Ye?

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur.

81 thoughts on “Tips Ajar Anak Tak Pakai Pampers

  1. anuar

    Terima kasih di atas perkongsian info. . Anak saya yang pertama pakai pampers sampai umur 4 tahun. .anak yang kedua pakai pampers sampai umur 2 tahun jer sebab kulit dia tak tahan sehingga timbul biji-biji setiap kali memakai pampers. . Masa mula2 tak pakai pampers tu, pernah juga kencing berak merata. . Lepas tu alhamdulillah, beransur2 adam mula pandai bagi tahu bila nak buang air. .
    anuar recently posted..Antara Qurban Dan Aqiqah?My Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      Hehe..betul tu..awal-awal ni memang rasa tercabar aje..saya tunggu saat anak dah pandai ke tandas sendiri..haha..lambatnya masa dan ketika itu..hehe

      Reply
  2. cikgu naman

    no 4 tu penting tu

    kena beli potty training atau beli pelapik mangkuk tandas kalau yang tandas duduk..kalau tandas cangkung agak susah sikit

    memang kena selalu bawak ke toilet..2 jam sekali ke..hehe
    cikgu naman recently posted..Al FatihahMy Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      Emm betul tu bro..saya mujurlah bukan nursery..tak ada terbeban sangat nak ajr si anak ni..tapi betul lah bro..part sabar tu memang kena kuat..kalau tak, jenuh la marahkan si anak tu..emm terima kasih bro sudi kongsikan..hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      Hahahaha..itu memang tak senonoh..anak-anak usia macam anak saya ni, memang suka tengok dan perhatikan..lepas tu mula lah tanya pelbagai aneka soalan..jenuh gak nak menjawabnya..setiap kali soalan mesti dimulai dengan kenapa atau bahasa kampung panggil bakpo..haha

      Reply
    1. hafizul Post author

      Emm dulu memang ada pengalaman bermain dengan lampin..sekarang dah jrang orang pakaikan lampin..tapi masih dijual di kedai2..malas satau jer pakai lampin ni..malas nak basuh..hahaha

      Reply
  3. yusri

    jangan beli Pampers…beli Huggies ke,Fitti ke…hahaha

    senang je tak nak bagi anak pakai lampin tu…jangan beli.kalau anak tanya cakap dah habis.masa nak tidur kena selalu pesan kat anak supaya pergi buang air dulu sebelum tidur dan bangun kalau rase nak buang air.
    Mula-mula pasti hari-hari anak akan terkucil punya masa tidur…lama-lama pasti akan ok punya.
    yusri recently posted..Statistik Blog TerkiniMy Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      Haha..adakah saya sedang bermimpi ataupun saya berada dalam dunia realiti?adakah ini insan yang pernah setia dengan blog PK ataupun ini sekadar mainan mimpi?Hahaha..terima kasih boh..demo meme dop pernah lupakan blog buruk ni..haha..emm bijok gok idea demo ni..buleh try ni..hahaha..

      Reply
  4. Pingback: Malu Dengan Artikel Blog Sendiri - Pondok Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge