Tips Elak Keringnya Idea Versi Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah lama sebenarnya aku tak menulis artikel dalam bentuk kategori blogging. Dan hari ini aku rasa aku nak kongsikan dengan korang semua. Tips elak keringnya idea versi Pondok Kecil. Ya. Versi Pondok Kecil. Kenapa mesti ada versi Pondok Kecil? Sebabnya artikel yang bakal aku kongsikan dengan korang semua adalah hasil dan idea aku sendiri. Selama beberapa beberapa minggu ni aku terapkan tips ini di laman blog Pondok Kecil. Dan akhirnya sampai ke hari ni idea aku masih belum berkurangan.

tips elak keringnya idea versi pondok kecilGambar : Google Images

Cuma keburukannya pula adalah, masa yang aku ada untuk menulis artikel semua tu amat terhad. Jadi, nak tak nak aku kena bahagikan masa dengan sebaik-baiknya. Masa bersama keluarga, bermanja dengan anak dan isteri, masa bersama televisyen dan sebagainya lagi. Kadang kala aku terasa macam nak buatkan jadual. Satu jadual waktu untuk lebih mendisiplin aku dalam hidup ini. Tapi aku tak suka terikat dengan jadual. Emm paling-paling teruk pun, aku ikut jadual dalam masa seminggu aje. Selebihnya kembali kepada keadaan normal.

Ok. Aku tak nak merepek panjang-panjang. Jom kita tengok apa tipsnya.

Tips Elak Keringnya Idea Versi Pondok Kecil.

1. Blogwalking
Sepertimana yang korang semua ketahui, aktiviti blogwalking memang memberikan kesan yang cukup baik dalam bab menjana idea yang berterusan. Salah satu kelebihan apabila aku rajin melakukan blogwalking adalah, ia memberi kesan kepada statistik kekasih hati, Alexa. Walaupun kadang kala mood Alexa ni tak berapa nak betul dan stabil sangat. Itu adalah perkara biasa. Dan apa yang aku perhatikan sekarang ni, Alexa dah tak macam dulu. Sekarang dia betul-betul ambik cakna dengan aktiviti blogwalking yang aku lakukan.

2. Membaca buku dan surat khabar
Aku tertarik dengan kata-kata rakan blogger yang berbunyi :-

[quote cite=”Encik Titan” url=”http://earncent.com/blog/2013/09/26/kenapa-masih-beli-surat-khabar/”]Sebab membaca itu jambatan ilmu. Tanpa membaca, kita buta macam-macam perkara. Kalau tak dapat kenal nombor dan huruf, kita susah untuk dapat kerja, kita susah nak search video Mat Luthfi kat Youtube dan kita juga susah untuk baca blog Fatin Liyana. Jadi, bagi gua membaca itu satu perkara yang penting.[/quote]

Melalui pembacaan jugalah kita mempelajari teknik menulis dengan betul. Ada ayat-ayat yang menarik yang boleh kita adaptasikan dalam penulisan kita seharian. Kita dari kalangan rakan blogger dah beruntung sangat. Sikap yang dulunya malas membaca, tetapi bila ada blog, nak tak nak kena wujudkan perasaan suka membaca. Kalau tak, macam mana blog kita nak hidup jika kita malas untuk membaca. Korang suka tak kalau orang lain gelarkan blog korang tu, blog syok sendiri? Tak suka kan?

3. Perbualan seharian
Melalui perbualan dan komunikasi seharian, kita mampu mengelakkan otak kita kekeringan idea untuk menulis. Dalam kehidupan aku khasnya, kalau nak di ikutkan banyak artikel yang boleh di wujudkan kesan daripada perbualan seharian. Perbualan dalam keluarga, bersama rakan sekerja, rakan blogger dan sebagainya lagi. Betul, aku dan korang semua tu bukannya lahir dengan dianugerahkan akal fikiran yang kreatif. Tetapi, disebabkan daripada kesan perbualan seharian kita, kita cuba tulis di laman blog dan kita cuba olah ia ke dalam bentuk yang lebih menarik. Tips ini, bukan mengambil masa yang lama pun untuk korang pelajari.

4. Tentang pekerjaan kita
Kalau korang perhatikan, aku sebenarnya tak suka kongsikan hal-hal berkaitan dengan kerja hakiki yang aku lakukan sekarang ini. Sebanya? Banyak sebabnya. Salah satunya sebabnya, aku memang tak suka. Haha. Aku banyak menceritakan tentang emosi aku ditempat kerja ni. Banyak yang sedihnya daripada gembira. Namun, kehidupan ini perlu diteruskan juga. Nak tak nak, sebelum blog Pondok Kecil berjaya menjana pendapatan secara konsisten lagi berhemah, kerja ni lah yang akan aku hadap setiap hari. Paling teruk pun aku luahkan di laman blog Pondok Kecil. Hehe.

5. Artikel berantai
Tips ini, aku buat jarang-jarang jer. Sebabnya masa. Aku masih gagal menguruskan masa dengan baik. Seperti contoh, artikel yang bertajuk Penyamun Cintaku. Artikel ini sebenarnya artikel berantai. Korang mesti ternanti-nantikan surat balas dari Piah binti Deris tu kan? Sabar ye, Piah sekarang ni tengah sibuk. Haha.

6. Join contest, segmen dan giveaway
Salah satu sebab kenapa dulu-dulu aku suka menyertai contest. Sebabnya untuk mengelakkan blog daripada terbengkalai dek ketandusan idea yang melampau. Sekarang ini, ada satu contest yang sedang hangat berlangsung. Kepada mereka yang tiada idea, kering idea serta ketandusan idea, boleh la menyertai contest Review Klinik Cinta. Mana tahu ada rezeki korang untuk memenangai hadiah wang tunai bernilai ratusan ringgit. Kan?

contest review klinik cinta

7. Review produk Affiliate
Salah satu tindakan yang aku rasa bijak dan logik untuk korang amalkan. Apabila ada hari-hari yang korang rasa ketandusan idea tu, boleh la cuba membuat review berkenaan dengan sesuatu produk yang terdapat di laman Jomniaga. Mana tahu kan rezeki korang murah, boleh pula komisen kesan daripada review produk tersebut.

8. Keyword
Untuk nombor lapan ni, selalu juga aku amalkan. Sebarang keyword yang masuk ke halaman blog Pondok Kecil, ada masanya aku olah keyword tersebut menjadi sebuah artikel yang aku rasa menarik. Artikel contoh :-

9. Komen Spam yang kacak
Kadang-kadang ada juga ayat-ayat manja dan romantik yang terjah masuk ke halaman kotak spam. Apa salahnya sekali sekala cuba buatkan artikel bergantung kepada komen yang masuk ke dalam kotak spam kita tu. Korang jangan fikir, “Ahhh menarik ke tak ni? Ahh logik ke aku buat artikel macam ni?” Cuba hindarkan perasaan dan fikiran macam ni. Kalau korang terus fikir macam ni, sampai ke sudah la korang akan berhadapan dengan masalah keringnya idea. Contoh artikel, Blog Aku Wonderful? Betul Ke?

Kalau mereka semua tak suka dengan apa yang kita cuba sampaikan, tak mengapalah. Dalam seribu pelawat yang singgah, tak kan tiada seorang pun yang suka dengan artikel olahan daripada komen spam yang kacak. Kan?

10. Dah banyak sangat dahhhh. Lain kali pula. Ye?

Ok. terlebih panjang lah pulak artikel ni. Harap korang tak jemu. Mungkin ada korang boleh kongsikan di ruangan komen di bawah berkenaan dengan tips elak keringnya idea ni. Harap sudi kongsikannya.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

47 thoughts on “Tips Elak Keringnya Idea Versi Pondok Kecil”

  1. Terima kasih di atas perkongsian info… Memang banyak idea menarik daripada blog Pondok kecil…. Sebenarnya banyak perkara yang boleh kita tulis dengan melihat suasan persekitaran di sekeliling kita….

      1. boleh macam itu ker? urm saya susah sangat nak dapat begitu melainkan kalau saya tgh buat entri part II pastu saya ada idea masa tu juga saya buat capter partIII terus2..

  2. tips yang menarik, tapi kadang2 saya sorang2 tu banyak je idea nak tulis, tapi bila balik rumah terus lupa apa yang difikirkan tadi, penyelesaian nya, tulis note kat phone. sometimes …. 😀

  3. Mmg kemahlah boh!

    ambe kalau tak update, biasanya sbb ambe takde masa nak curi utk lepak depan pc…

    bab blogwalking tu, mmg alexa makin “kejam”…huhu, alexa ambe mmg dah makin rosak dah…adeh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *