Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Cara yang mudah dan terpantas untuk menyelesaikan masalah windows adalah dengan cara format komputer. Gantikan windows yang telah rosak dengan windows yang baru. Tidak perlu memikirkan hal-hal remeh untuk menyelesaikan masalah seperti boot menu hilang, desktop icon hilang, button start hilang, cara menghapuskan virus, windows hanging dan segala hal lagi yang merumitkan pemikiran.
Tetapi bila melakukan cara yang senang begini, adakalanya akan timbul jua perkara yang sukar untuk kita selesaikannya. Antaranya masalah mencari driver untuk setiap hardware yang terdapat pada papan induk utama seperti sound, network controller, VGA, modem dan chipset. Bagi komputer yang berjenama seperti HP dan Acer, tak menjadi masalah sangat sebab semua tu boleh diperolehi dalam laman web pengeluar tersebut.
Sehubungan dengan itu, sekiranya hendak membeli komputer, eloklah membeli komputer yang sudah mempunyai sistem pengoperasian asli (Original Windows). Yang mana Original Windows ini boleh menyelesaikan masalah yang disebutkan diatas kerana sudah terdapat fungsi untuk recovery dan restoration balik windows. Pada bila-bila masa tak kira tempat, kita boleh lakukannya sendiri. Senang kan?
Sedikit sebanyak, aku mahu kongsikan perkara yang aku lakukan sebelum format komputer. Anatarnya antaranya adalah :-
1. Backup semua data yang terdapat dalam partition C yang mana partitions ini mengandungi fail-fail windows. Partitions ini juga yang akan di format. Untuk windows XP, pergi ke Partitions C > Document & Setting > Administrator. Dalam folder Administrator ini lah aku akan copy folder Desktop dan folder My Document seterusnya paste ke dalam External Hard Disk / Partition D.
2. Backup semua drivers yang terdapat dalam Device Manager dengan menggunakan Driver Magician. Driver Magician ni aku download dalam internet. Banyak yang Freeware. Cuma pilih jer mengikut kesesuaian.
3. Check Microsoft Office versi mana yang digunakan supaya ia akan menyenangkan kerja aku nanti. Sekurang-kurangnya akan menjimatkan masa untuk kenalpasti Microsoft Office versi mana yang digunakan sebelum ini.
3 langkah ini sahaja yang biasa aku lakukan apabila hendak format komputer. Teringat zaman aku bekerja sebagai Technician Computer 3 tahun lepas. Habis data dalam komputer pelanggan hilang dan tidak dapat untuk recovery 100%. Hehe. Padahnya, aku terima makin hamun yang cukup mengenyangkan hati aku selama beberapa hari. Sampai hari ni wajah pelanggan tu masih segar dalam memori aku.
p/s : Andai ada yang kurang dalam entri ni, tolong tambahkan. Ini cerita mengikut pengalaman sendiri.



{ 18 comments… read them below or add one }
bagi akak dah complete ni
sweetkurma recently posted..Suami Mithali….Masih Wujudkah….?
Oooo terima kasih kakc Ct…hehehe
bagus boh tips nih…
yusri recently posted..Pemberian Yang Tak Terduga
Hahaha…bagus ko??terimo kasih boohhh…
Kalau nak saya ada full tutorial (full tips) written by me how to format computer ultimately. Tapi rasanya owner lagi pro kot since pernah jadi Computer Technican kan. Lebih nikmat jika kita tidak menggunakan driver scanner

nizamghazi recently posted..Debug Program : Cinta Yang Pergi – Then I Got Error Message
Driver scanner tak pernah guna pulak..ooo ada tutorial ke??kalau nak bg ok jer…boleh sy letak dalam pondok kecil ni..boleh dimanfaatkan oleh semua orang..hehe..macam mana???
kdg2 salah customer gak..download yg bkn2 smpi kene virus..xdap backup kita lak yg kene marah..x ptt kan..
Jebeng Otai™ recently posted..Ralat : RON95 Lebih Mahal Dari RON97?
Emm macam betul tu..dalam perniagaan kan biasa la..customer selalu betul…customer first kan..kita ni last2…huhuhu
Kalau hard disk tu yang rosak boleh recover tak?
Cikgu Hairul recently posted..Holiday Pulau Kapas
Kalau hdd rosak smp tak leh nak bukak folder dlm hdd tu,tak boleh recover dah..tapi kalau hdd tu ok, boleh recover lagi..tapi tak 100% la data tu kita akan jumpa….
langkah 4, jangan format drive d:/
Nazri recently posted..Youngest Life Time MDRT Member
Yaaa betul tu…hehe..TQ tambah informasi..hehe
kenangan mengajar kita untuk lebih baik. Telinga pelanggan tu merah tak. hehe
Man recently posted..Aku Tak Tipu, Ada Apa Dengan Cinta?
Emm betul tu man..haha..telinga tak pasti la pulak..lama menyepi..sibuk ke skrg??hehe
bab format ni juga aku selalu hulur kat kawan je
pernah belajar, tapi dah lupa
tehr recently posted..Pantun Hati Gembira
Format senang jer..tapi tak boleh tinggal lama-lama la..nantikan lupa..hehe
Sebenarnya banyak perkara yang bro perlu ingat dalam reformating… Memang dapatkan driver melalui exporting mudah, but remember that fail driver boleh jadi telah dijangkiti virus… Dapatkan CD atau driver dari site manufact lagi selamat… Export tu hny untuk laptop yg dalam kategori Unknown brand macam Great Wall untuk lapy 1 Malaysia…
Izzuddin Fauzi recently posted..Memang Masa Selalu Cemburu Dengan Manusia
Hehe..informasi yang eguna..terima kasih bro…