Tips Untuk Diri Lebih Merasai BAHAGIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni aku rasa nak kongsikan tips untuk diri lebih merasai BAHAGIA. Ya. Aku sekarang ni tak rasa nak bahagia sangat dah ni. Komisen Affilite tak masyuukk lagi bulan ni. Tu sebab diri tak rasa “BAHAGIA” sekarang. Haha. Punyalah tebal aku simpan target bulan ni untuk program Affiliate. Tapi umpan langsung tak menjadi. Kalau makan sipi-sipi kira ok juga. Ni tak. Langsung tak sentuh. Haha.

Tips Untuk Diri Lebih Merasai BAHAGIAGambar : Google Images

Kebahagiaan dalam hidup sememangnya menjadi faktor utama yang harus diberi perhatian yang sewajarnya.

Tips Untuk Diri Lebih Merasai BAHAGIA :

  1. Jangan tinggalkan solat dan jangan lokek untuk berdoa. Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang.
  2. Selalu buat mak ayah kita gembira dan rasa bahagia. Mereka tak minta wang ringgit berjuta-juta. RM10 sebulan pun belum tentu. Mereka hanya mahukan secebis kasih dan sayang serta perhatian kita selaku seorang anak yang baik. Selagi hayat dikandung badan, buatlah mereka rasa bahagia dan selalu-selalu lah mengembirakan hati mereka.
  3. Bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Walaupun hanya sekadar “cukup-cukup makan sahaja”.
  4. Kenang kembali saat-saat paling bahagia yang pernah kita kecapi dalam hayat ini.
  5. Cuba, cuba dan cuba berfikir perkara yang positif. Tinggalkan perkara yang negatif yang mana boleh membunuh emosi untuk merasa lebih bahagia.
  6. Berdamping dengan mereka yang suka membuat lawak dan mereka yang suka menjadi penghibur.
  7. Bermain dan bergurau senda dengan anak isteri.
  8. Elakkan diri untuk melakukan perkara yang LARA dan SIA-SIA.
  9. Ada hutang, sila bayar dengan segera. Tak mampu bayar sekaligus, bayar sikit-sikit. Tetapi haruslah berterusan. Walaupun hanya berhutang RM0.10 sen, ia hendaklah dibayar melainkan si pemberi hutang menghalalkannya.
  10. Perhebatkan diri dan cuba perbaiki kelemahan-kelemahan yang boleh membunuh rasa “BAHAGIA” tersebut.
  11. Kenal pasti kembali. Masa muda remaja dulu pernah ponteng puasa tak? Kalau ya, sila gantikan mengikut cara yang sepatutnya.
  12. Senyum selalu walaupun menghadapi situasi yang sangat gentir. Percaya pada-Nya. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang sukar untuk kita mengetahuinya.
  13. Perkara yang boleh menghilangkan rasa “BAHAGIA” tu, tolak tepi untuk seketika. Kalau boleh tolak tepi sampai bila-bila pun ok juga.
  14. Maafkan kesalahan orang lain walaupun sukar untuk kita memaafkannya.
  15. Pupuk dan didik diri untuk menerima kelemahan diri sendiri dan orang lain.
  16. Buat orang sekeliling rasa “BAHAGIA” dengan sikap dan perangai kita.
  17. Dan banyak lagi. Ni jer mampu aku fikir dan tulis. Haha.

Tips yang dikongsikan tu, ada yang terkena batang hidung sendiri. Ada yang tak. Biasalah. Kita manusia bukannya sempurna setiap masa. Ada masa kita buat salah juga. Kan? Sekurang-kurangnya apa yang aku tulis ni, dapat menyedarkan diri aku sendiri. Bila rasa tak bahagia tu, mula la fikiran melayang. Duk fikir macam-macam perkara. Tapi sebenarnya berpunca daripada salah dan silap diri kita sendiri. Kan?

Ok. Lepas ni, hutang PTPTN nak kena bayar dah. Secara berterusan. InsyaAllah. Haha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

52 thoughts on “Tips Untuk Diri Lebih Merasai BAHAGIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge