Tips Untuk Semangat Dalam Blogging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Blogging merupakan dunia kehidupan yang penuh dengan cabaran dan rintangan. Setahun lebih terjebak dalam dunia blogging, banyak sungguh dugaan yang diterima. Kecewa, putus asa, kering idea, buntu dan segala macam lagi pernah singgah mewarnai kehidupan aku dalam dunia blogging. Sedikit sebanyak semua itu memberikan aku pengalaman baru antara aku dan Pondok Kecil.

facebook dan tips untuk semangat dalam bloggingFacebook Pondok Kecil

Semangat untuk bekerja dan semangat untuk menulis blog merupakan satu perkara yang sangat berbeza. Pulihkan semangat untuk menulis blog tak semudah pulihnya semangat untuk bekerja. Sekarang ni, banyak sebab yang mendorong kepada keruntuhan semangat aku untuk menulis blog. Antaranya adalah Pagerank blog menurun, kekasih hati Alexa merajuk, komisen dari program Affiliate langsung tak kelihatan dan sebagainya lagi perkara yang berbangkit.

Tambahan pula, semua itu merupakan sumber inspirasi untuk aku menjana idea untuk terus maju bersama blog Pondok Kecil. Oleh sebab itu, aku cuba dan cuba. Tuliskan sebuah artikel yang bertajuk Tips Untuk Semangat Dalam Blogging. Dengan harapan, tips ini akan mengembalikan semangat aku untuk terus bersemangat dalam dunia blogging.

Tips Untuk Semangat Dalam Blogging

1. Solat dan doa merupakan perkara utama dalam aspek kehidupan. Kemana sahaja kita pergi, dimana sahaja kita berada, solat dan doa memang tak boleh ditinggalkan. Sentiasalah berdoa semoga dipulihkan semangat untuk kembali ceria bersama blog kesayangan kita tu.

2. Senaraikan perkara yang membuatkan kita hilang semangat dalam dunia blogging. Contoh :- Alexa rank naik, PR blog turun, blog kena hack, kena kutuk kaw-kaw dengan rakan blogger, tak ada peluang nak menang contest SEO Eridy dan sebagainya perkara yang berkaitan dengan dengan kita selaku seorang blogger.

3. Selepas kita kenal pasti punca dan sebabnya, cuba carikan jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang timbul. Contoh :- Alexa rank naik. Kita nak turunkan Alexa rank senang jer. Lakukan blogwalking selalu. Paling kurang 10 blog sehari. Lebih lagi bagus. Susah ke nak buat blogwalking? Tak susah kan? Kalau rajin, buat contest SEO. Macam yang saudara Onlajer bagitau dalam artikelnya yang bertajuk Alexa selepas Seminggu Entri Contest SEO Eridy.

4. Tanamkan dalam jiwa bahawasanya apa yang kita lakukan sekarang tidak akan mudah dicapai dalam tempoh waktu yang agak singkat. Contoh :- Hari ni aku karang artikel berkenaan dengan cara mengatasi masalah kehamilan. Esok aku nak tengok, aku dapat komisennya. Mana boleh macam tu. Kan?

5. Cuba wujudkan perkongsian perasaan dengan rakan blogger. Contoh :- Karang satu artikel yang nampak macam frust gitu. Sedikit sebanyak komen rakan blogger tu boleh membangkitkan semangat kita dalam dunia blogging. Melainkan rakan blogger tersebut memang tak ada perasaan untuk menaikkan semangat orang lain.

6. Fikirkan secara positif. Setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Dugaan yang hadir merupakan petanda bahawasanya Allah menyanyangi kita. Dan Dia berikan dugaan hanya pada mereka yang layak menerima dugaan tersebut. Alexa naik, PR turun dan komisen Affiliate susah nak masuk. Semua itu merupakan dugaan untuk aku lebih take care dengan apa yang aku perolehi sebelum ni.

7. Cukup dah tu 6 Tips Untuk Semangat Dalam Blogging.

Andaikata ada penambahan, sila kongsikannya di ruangan komen dibawah ni. Ye? Serius… Aku sekarang rasa lebih bersemangat dengan adanya tips ni. Hehe.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

54 thoughts on “Tips Untuk Semangat Dalam Blogging”

  1. nak dapat semangat, kena baca artikel yang boleh menaikkan semangat. kadang-kadang bila baca artikel yang boleh kasi down, kita akan terkena kesannya. satu lagi, usaha tangga kejayaan.

  2. Betul dan betul. Dugaan itulah ‘hadiah’ utk kita yang Allah berikan sebgai sumber utk kita korek muhasabah apa yg kurang <– ini ayat ustazah dalam radio tadi…betul2 buat ambe terfikir..

  3. Memang banyak cabarannya dalam mengharungi hari-hari di dalam dunia blogging ni…kalau sapa2 yang tak tahan cabaran dan dugaan, memang payah nak harunginya…semoga bro Hafizul terus kuat semangat untuk terus kekal berblogging..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *