Top Komen Julai 2014 – Review Blog Juara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Akhirnya sempat juga mencari masa untuk menulis review blog juara top komen Julai 2014 yang lalu. Sudah lama aku tidak menulis artikel berkenaan dengan review blog. Entah menjadi, entahkan tidak. Aku cuba usahakan agar artikel yang bakal korang baca nanti menarik dan seronok untuk dibaca. InsyaAllah.

review blog juara

Ok. Straight to the point yer. Malas aku nak konar sana dan konar sini.

Review blog juara top komentator Julai 2014Blog Syukurnya Sihat

Pengenalan :

  1. Domain Syukurnya Sihat ditubuhkan pada 02 Jun 2014 (Kalau salah, sila bagitau yer)
  2. Menggunakan platfon Blogspot
  3. SEO score –> 87%
  4. Alexa rank –> Global – 651,728 ; MY – 9,023
  5. Artikel sebanyak 212 telah disiarkan (semasa aku sedang menulis ini artikel)
  6. Yang lain-lain sendiri cari la. Haha. Boleh?

Ok. Walaupun usia domain belum mencecah setahun, namun ia merupakan usaha terbaik yang dilakukan oleh pemilik untuk memastikan blog ini terus maju dan maju di masa hadapan. Sebelum aku mengenali siapakah dia pemilik blog Syukurnya Sihat, aku terkonfius untuk seketika. Kejap-kejap nama Nurul. Kejap-kejap nama Faizal. Tapi menggunakan url domain yang sama setiap kali meninggalkan komen di blog Pondok Kecil.

review blog

Laman blog Syukurnya Sihat dot com…

Kekeliruan ini aku abaikan dan sehingga ke hari ini barulah aku sedar. Bahawasanya mereka berdua ialah pemilik kepada blog Syukurnya Sihat dot com. Ya. Mereka ialah sepasang suami isteri yang bergiat aktif dalam perniagaan produk Shaklee. Itupun aku tahu selepas aku baca artikel yang bertajuk maklumat tentang penulis. Ohhh bukan mereka berdua sahaja yang menulis di laman blog tersebut. Ada lagi penulis jemputannya. Nak tahu? Sila baca sendiri. Haha.

Bertepatan dengan nama domain, Syukurnya Sihat, pemilik telah mengulas dengan terperinci info-info berkaitan dengan kesihatan berasaskan produk Shaklee. Bukan senang nak tulis perkara yang berkaitan dengan kesihatan jika tiada info dan ilmu yang betul. Silap hari bulan, boleh buat orang segar jadi demam. Yang demam jadi segar, itu perkara biasa.

Tidak dinafikan, blog-blog yang berunsur perniagaan produk Shaklee sekarang ini semakin hari semakin membiak dengan suburnya. Tahun lepas, seingatan aku tak banyak blog-blog sebegini. Akan tetapi pada tahun ni, ianya wujud bagaikan kulat sisir tumbuh selepas hujan.

Akan tetapi, blog jual produk shaklee yang aku jumpa tak sama kandungannya dengan apa yang ada di blog Syukurnya Sihat dot com. Blog ini lebih menarik untuk dibaca. Dan kenapa aku kata macam tu?

Sebabnya ialah :

  1. Kandungan artikel tidak tertumpu kepada produk Shaklee semata-mata. Ada hari diselitkan juga dengan santapan rohani. Ada ketika penulis berjaya juga menulis artikel berupa kisah-kisah kehidupan. Walaupun artikel tersebut diselitkan beberapa kaitannya dengan produk Shaklee, tetapi ianya masih lagi menarik untuk dibaca. Dan tidak menjemukan.
  2. Loading blog yang laju memaksa emosi aku untuk terus ceria walaupun talian broadband celcom dalam keadaan yang menyakitkan hati. Mungkin disebabkan teknik pemilihan plugin, dan susun atur template memberi kesan yang baik terhadap kelajuan capaian halaman. Juga pemilihan warna template yang tidak colorful sangat. Aku suka keadaan ceria macam tu.
  3. Sebab yang lain sudah tiada. Dua sebab itu dah mencukupi untuk aku terus ceria dan gembira bila singgah ke laman tersebut. Hehe.

Cadangan kepada penambahbaikan laman Syukurnya Sihat :

Ok. Disebabkan aku tak pandai dalam bab teknikal ni, aku nak cadangkan satu jer. Teruskan aktiviti mempromosi laman Syukurnya Sihat dot com. Aku nampak potensi untuk korang terus berjaya dengan perniagaan Shaklee ni. InsyaAllah.

Disebabkan aku dah tulis dengan panjang sekali, aku nak mohon kemaafan sekiranya ada ayat-ayat manja yang aku tulis tu memakan hati korang semua. Haha.

Media Sosial blog Syukurnya Sihat. Jika ada kelapangan masa, boleh jenguk tengok kat mana yang boleh kita LIKE dan FOLLOW. Hehe.

Facebook : Syukurnya Sihat
Google Plus : Faizal

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya. Oh ya, kepada Saudara Faizal dan Saudari Nurul, sila emelkan saya no akaun bank DISINI. Terima kasih.

38 thoughts on “Top Komen Julai 2014 – Review Blog Juara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge