Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sedar tak sedar Pondok Kecil sudah pun mengakhiri bulan Julai 2012 dengan penuh bermakna sekali. Setiap cabaran dan dugaan yang dihadapi sepanjang bulan Julai ini, akan aku jadikan batu asas dan pengalaman berharga kepada Pondok Kecil untuk menghadapi setiap liku-liku dalam dunia blogging. Walaupun banyak kelemahan yang terdapat pada halaman Pondok Kecil, akan aku usahakan agar setiap kelemahan itu dapat ditampal dengan sedikit ilmu yang bakal aku perolehi nanti. Tak akan aku biarkan Pondok Kecil ini usang begitu sahaja dimakan anai-anai.

Terima kasih aku ucapkan kepada rakan blogger yang sudi melawat dan meninggalkan komen yang berhemat pada halaman Pondok Kecil ini. Setiap komen yang diluahkan oleh rakan blogger sedikit sebanyak memberi cetusan ideal untuk aku terus berkarya pada hari-hari mendatang. Kepada rakan blogger “silent reader”, terima kasih juga aku ucapkan kerana sudi singgah dan membaca setiap isi kandungan dalam Pondok Kecil ini.
Pengomen Pondok Kecil yang terbanyak bulan Julai adalah blog Yusri. Terima kasih Yusri. Semoga silaturahim yang terbina diantara kita akan berpanjangan hingga ke akhir hayat. Aminnn.
Bagaimana Pondok Kecil mengenali blog Yusri?
Aku betul-betul dah lupa macam mana pertama kali aku jumpa blog Yusri. Selepas berhubung melalui komen di blog masing-masing, beliau pertama kali diantara rakan blogger yang minta no telefon aku. Dan beliau juga insan pertama diantara rakan blogger yang call aku. Aku masih ingat lagi pertama kali beliau telefon. Waktu tu aku tengah mesyuarat dan tengah makan-makan. Biasa la mesyuarat pejabat aku tak kan miss dengan makanan. Asal jer mesyuarat, makanan mesti ada.

Selepas dari saat tu, hubungan kami bertambah rapat. Rapat dalam alam maya jer. Nak jumpa ntah bila la. Hehe. Rupanya Yusri ni kawan lama abang aku dan atuk Yusri ni duduk di kampung aku juga. Haha. Mungkin inilah yang dipanggil suratan dan kebetulan.
Apa yang menarik tentang blog Yusri?
Blog Yusri dengan themes Mystique agak unik juga dari pandangan mata aku. Walaupun aku tahu beliau seorang yang super sibuk, bukan blogger tegar, namun beliau tak jemu dan tak lekang untuk singgah di halaman Pondok Kecil.
Blog beliau banyak menceritakan tentang kehidupan, kenderaan (Automotif) dan makan-makan. Hehe. Ada juga dihidangkan dengan resipi. Paling best Yusri ni suka makan pulut durian. Sama macam aku. Yang tak sama, beliau peminat Radio Amatur.

Dalam blog beliau juga lah aku mengenali satu jenis makhluk ni. Yang tersohor beberapa tahun ni. Hehe. Nama makhluk ni Cicak Pokke. Wahhh bila sebut Cicak Pokke, mesti orang kampung terbeliak mata. Mana tak nya, mahal kalau jual makhluk ni. Haha. Tapi tak tau sekarang tersohor lagi ke tak Cicak Pokke ni.

Sekian sahaja sedikit sebanyak cerita berkenaan dengan blog Yusri. Kalau korang tak puas hati dengan cerita aku ni, korang singgah la di blog Yusri. Baca sendiri apa betul ke tidak aku cakap ni. Hehe.
p/s : Terima kasih buat semua yang sudi singgah di halaman Pondok Kecil. Korang memang terbaik!!!
besar ke tokek tu.. seram pula tgk..
emm kecik jah kot…hahaha..seram ke?
perghhh besau tu, mau jutaan rm dia ? betul ker
Emm tak tau la harga dia brapa untuk yang besar ni..hehe..kaya sekejap kalau boleh dapat cicak ni..
tu dia nak buat kerja cari cicak la plak…bhenti blogger 🙂
Haha..kalu mudah jer jumpa cicak ni dah lama brenti kerja..kenapa la cicak biasa tu tak de harga yer..kalu tak dah lama aku jual cicak kat rumah tu..
cicak tu, mmg utk lastik jer…ohohohoho
Hahaha..geram sgt cicak kat rumah tu…berak merata jer…kalau bukan najis tak kisah pun..huhu
terbaik la cicak pokke 2,
besar,mesti mahal 2…
tahniah top commentator
Hehe…kaya kalau dapat jual ni…
ari 2 ada terbaca ada org jumpa cicak tokke versi gergasi
pehh….14juta usd kot….
org australia beli,yg jumpa org sabah….
wow..biar betul..menarik tu..jutawan sakan la ho…
fuh! mesti makin ramai yg giler nak cari pokke ni…hehehe
Haha..pyh nak dapat bro…kalau jumpa pun rezki jer..haha
1st of all…thanks bro selaku Tuan Tanah Pondok Kecil dot com kerana sudi membuat review Blog Yusri yang selalu bersawang dek kerana kemalasan yang melampau untuk mengupdate blog.
Kawe mula mengenali blok PK ni setelah beliau meninggalkan komen di salah satu entri iaitu berkenaan buah gajus. Beliau juga telah mengpingbackkan entri kawe di dalam entri di blognya juga bercerita tentang buah gajus…
Bertitik-tolak dari situlah saya mula mengfollow PK. Apa yang beliau cerita tu memang betullah…melalui blog PK lah saya dapat berhubung semula dengan kawan lama saya semasa sekolah rendah dulu iaitu abang beliau sendiri. Thanks a lot bro…blok demo kawe dah bookmark and kawe pung dah subscribe RSS feed.
jarang jumpa cicak pokke yang melebihi 300gram. kalau bawah 300gram harga masih murah lagi..lebih 500gram baru cecah juta-juta. Lawa themes thesis nie,,,mahal ke.
Ooo putera tahu jugak ekk harga pasaran cicak ni..haha..themes free jer bro..modal tak banyak nak pakai yang berbayar..hehe
cantik designnya cool dan minimal. fast laoding.
Haha..ye ke?hehe..terima kasih bro..
Tahniah pada semua. Mmg terbaiklah! Tanpa mereka yg sudi singgah, mmg rasa tak best dan sunyi rumah kita…betul tak PK?
Yaaa betul tu bro..bak kata orang, jadi blogger syok sendri la mcm tu gak..boleh membantutkan mood blogging tu…
betul tu…tak kenal maka tak cinta…huhuu
pehh..minat gak dengan radio amatur rupanya..hoho..
buat bela ke cicak tu?..hehe
tak tau la..mungkin la kot..hehehe
Bela letak atas bumbung rumah.Huh.
Hahaha..untuk apa letak atas bumbung..baik peluk masa tidur..hahahaha
Dulu ramai yg mencari cicak tu,katanya mahal haha.
Yaaa betul la..dulunya mahal..tapi kini tak tau ada harga ke tidak..sebab orang kampung aku dah tak sebut mana nama cicak ni..dulu famous pelik jer..haha
suka dengan tapak dia.. ada 5 jari.. tokek nih pun jenis manja gak.. nak makan pun memilih heeee
Oooo ada 5 jari yer..haha..manje ke??orang kata gigi dia tajam..ye tak?
tahniah yusri.. nak jadi paling ngetop bulan ogos lah.hehe
Hahaha..yusri memang pengomen setio blog pondok kecil sejak dua menjak ni…haha
selalu juga ke blog Yusri….itulah indahnya alam maya mempertemukan satu hubungan yang telah terputus…hebat…
Betul tu bro…ni la indahnya dunia blogging…hehe